Thursday, December 29, 2011

for the first time.

assalamualaikum, HELLO READERS :)
(ini cerita minggu lepas punya lepas, ahh awal dec ah senang cerita)


bangun dari tidur je tengok hayqal dah pakai hensem hensem. kenapa? sebab dia kata saya janji dengan dia nak bawak dia tengok wayang.

tengok jam pukul 9 am. and i was like ape ni qal? sekarang pukul bape ni qal kau nak pergi tengok wayang? bila pulak saya janji dengan dia nih? haha bila saya cakap macam tu muka dia terus berubah. macam nak nangis pastu macam nak lempar semua benda. ahhh jahanam lah kalau perangai lempar lempar dia tu dah menguasai diri. parah ah canih. karang dengan saya, saya sekali jahanam.


terus pergi buat segala yang namanya kerja rumah. maklumlah sejak cuti sem ni saya bergelar bibik berkelas entah berapa bintang. hmmm gasak lah bibik ke ape ke janji saya tak kacau laki orang. haha. setiap benda yang saya buat, maka akan kedengaran ayat sebegini. 'weh, cepat lah. dah pukul berapa ni. tu lah bangun lambat lagi'

makin galak saya dengar ayat tu keluar dari mulut dia, makin saya rasa macam aduhh budak ni. sabar boleh tak? budak kecik ni kan memang laa. selagi tak dilayan apa yang dia nak, selagi tak ada apa yang dia mintak tu depan mata selagi tu lah dia akan ungkit, ungkit dan terus ungkit sampai dapat. hadoi, payah betul.


baru adik dah merungut macam ni. kalau dah ade anak nanti macam mana pulak? hmmm kalau ada anak nanti lain pulak. kahkahkah alasannnn -.-


dah settle semua kerja, terus bersiap apa semua sebab nak bawak budak kecik tu tengok wayang. sampai je tgv mines, *mines je la, buat apa bawak dia tengok wayang jauh jauh HAHA*  hayqal ckp nak tengok happy feet. saya pun mencari cari lah kelibat happy feet kat screen. yang ade pukul 7 pm. dalam hati cakap, macam mana lah aku nak pujuk budak ni. dah lah saya failed kalau tang pujuk dia nih. ayat mesti manis macam satu kontena gula. sila bayangkan macam mana nak bina ayat tu. HAHA


lastly aku pujuk dia tengok cerita ni je.
tenenene....



best ke cerita nih? hmm boleh laa. cerita budak budak kan, so layan je laa. first time tengok wayang dengan budak kecik ni. dah lah memang pergi berdua dengan dia je. ehemmm, sweet tak sweet tak? kahkahkah.


ps: maaf saya betul betul tengah bosan, maka saya habiskan masa untuk menaip entri basi nih. HAHA

thanks for reading people. kbai :)



tajuk, please!

hello bloggers..
#entri kali ni mengantuk. akan buat awak yang baca menguap sampai meleleh segala air mata dan air hidung. jangan menyesal.


saya rindu blog. sebab dah lama saya tak update dan saya biarkan blog saya usang berhabuk bersawang. *lap hingus. saya rindu kawan kawan. sebab dah lama saya tak jumpa mereka. tapi saya tak rindu dekat 'mabs' sebab dia pergi singapore tak ajak saya. *lap air mata* konon menangis kene tinggal. puii.


cuti sem saya dah nak habis. maka saya sedang menghabiskan sisa sisa baki baki cuti yang hanya tinggal beberapa hari je. alahai -.- bosan lah kalau update blog pastu ayat macam ni. saya yang menaip rasa macam arghhh, ape yang aku taip nih? ape lagi orang yang membaca. 


untuk entri yang sebelum lama dan before ni *entah ape kene lah ayat tunggang langgang macam ni.
maaf sekiranya saya telah menggunakan bahasa ayat serta perkataan yang kurang dan sangat tak sopan untuk awak awak yang droppin' by dekat blog saya untuk baca entri saya yang entah pape ni. 


MAAFKAN SAYA..
segala kekurangan dan yang kurang tu semua daripada saya.


assalamualaikum ;)

Monday, December 19, 2011

message, youtube dan awek indon

assalamualaikum dan hello...

harini aku buat keputusan untuk update blog jugak. sakit jiwa kalau hari hari  bila waktu waktu senggang hanya di penuhkan dengan baca novel. jari ni dah miang miang gatal gatal nak menaip. ahhh tak tahannnn. -.- dah apa kena entah tiba tiba tak tahan.

dulu dulu pernah berangan angan pastu bermimpi mimpi nak main gitar. katanya. entah siapa lah nak layan mimpi aku dengan angan angan aku tu. entah siapa lah kan. hmmm. sebab kalau dapat main gitar aku rasa macam sangat cool. ehh yeke? haha. punya taksub nak main gitar tapi tak dapat dapat maka hati yang lara terus lah mencari cari kelibat kelibat guitarist perempuan kat celahan artis artis di youtube sana tu. kahkahkah. dah sampai level taksub ke macam tu? entah.

sampai satu ketika, seorang jejaka menghantar pesanan. jejaka? ehem ehem dia tu la. sang kekasih.

him: ting tong! buat ape?
me: tong tong! *konon comel* tengah layan youtube jap.
him: oh yeke. layan apa je kat youtube tu?
me: tengok awek indon ni haa main gitar. layan gak aa.
him: sape?
me: prisa adinda.
him: dia power kot main gitar. layan lagu metal je. dah ah lawa.
me: ohh okay *ayat pasrah*

tak dinafikan dan tak bleh disangkal lagi awek indon tu bagi aku dia power. bagi aku laa. korang aku tak tahu macam mana. bila aku tengok video dia je aku rasa macam perghhhh, apeni? apeni? dia ni memang power main gitar ke? terus diam. memang tak tahu nak komen cemana. terkesima terkedu ahh ter segala mak nenek ter lah senang cerita.

yang dia sebok la tanya aku buat ape. tanya itu dan tanya ini. dah macam detective. yang aku satu benda pun tak tanya dia. hikhokhikhok. lantakkk -.- bila aku baca ayat yang dibirukan tulisan nya tu serta merta mulut terus kata aihhh, lahanat betul la. yang aku macam nak nangis *gedik* dia boleh puji puji indon tu depan aku. apehal nak puji awek indon tu? boleh bernanah telinga ni. lepasni jangan mengada nak puji puji perempuan lain depan aku. kalau aku dengar lagi siap laa. aku hempuk dengan fender kau tu. ribu riban ke ape, aku tak kira. kahkahkah ganas nya!  tak payah lah main gitar tu, nanti tangan pastu jari kasar katanya. elehhh, tak bagi aku main gitar cakap je laa. hmm -.-

esok aku terus tak message. merajuk konon. entah pape je. tape tape, nanti aku belajar main gitar biar sampai kau tak boleh lawan aku. padan muka kau! cehhh, belagak gila. har har har *gelak jahat*

korang tak percaya minah indon tu power main gitar? korang tak caye awek indon tu layan lagu metal? dah pegi kat youtube sana tu, pastu search prisa adinda pastu enter.


ps: maaf ayat tunggang langgang. kbai, kalau aku rajin nanti update lagi ;)




Sunday, December 04, 2011

Kampung halaman

Assalamulaikum… saya comel kan? Haha tetiba :)

Aku baru ja selesai menikmati percutian lima bintang (9D8N) di kampung halaman.  Haaa, macam gah je kan lima bintang? biasa lah kan bukan senang kan  kita nak menikmati saat saat indah begini  #slang jaafar onn. HAHA.  Masa raya puasa and raya haji hari tu, family aku tak balik kampung.  So ayah decide amek cuti then plan balik kampung. Maka kami satu family kecuali abang aku dia tak balik, manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Cewahhh :) 

*otw balik kampung, saya dapat makan strawberry. hahaha 


                                                                                                                                                        
Balik kampung pergi mana? Buat ape?  Aku baca novel laju laju. Pastu aku makan macam macam. Pastu aku kene gigit nyamuk teruk teruk.  kesian aku. Pastu aku pergi teluk intan. Makan mee jawa. Pastu aku pergi bagan datoh. Makan tomyam. Pastu tengok air pasang, tapi tak sempat. Hari hujan. Pastu tengok mat rempit yang bangga dengan ‘Oakley’ mereka, bawak motor laju laju, hebat rasanya. Pastu aku pergi sana, aku makan tu. Pastu aku pergi sini, aku makan ini. Makan makan makan dan makan. Makan itu agenda wajib. hahaha   

                                       
Best ke balik kampung? Best ke? Best ke? Ehh, semestinya la kannn. sebab dapat makan free. Ha-ha Okay tak lawak. Makan free?  Memang la makan free, dah kata balik kampung kan? Tak kan makan kat rumah nenek kene bayar pulak kan? mana lah tahu kan nenek sekarang ni advance sikit jenis main kira kira je kan? HAHA. Breakfast untuk 1st day je, aku makan mee goreng. Pastu lagi gah siap ade satay bagai. Bak kata Mohd Nazli, mak ai breakfast kau belle dah macam kat hotel dah. Haa kannnnnnnnn!  kau hado? Tu baru breakfast. Belum lunch, belum minum petang, belum dinner, belum tu, belum ni, belum segala bagai. Tak tahu nak kata ape. Memang syurga makanan lah senang cerita. Hang cakap je hang  nak makan apa. Confirm sekelepuk tersedia atas meja tapi bukan untuk hang sorang. Seronok bukan? Part makan memang terbaikkkk. Thumbs up 5 kali la! Cukup kan? Hahaha



Bila ade yang best, mesti ade jugak part yang tak berapa nak best. Itu standard. Mesti ada pro dan contra. Betul kan anak anak? Sila angguk kan kepala hampa sekarang! Hahaha. Lain part bagi aku dia macam kurang sikit. Bukan sikit tapi memang kurang banyak. Tapi dia tak berapa nak banyak. Haih, acano tu? Hahaha complain kemain berbakul bakul. Itu perkara biasa bukan? Hampa pun suka complain kan? Hmm sep sikit :) part ape yang kurang? Part environment kat sini kurang. Pasai apa dia kurang? Haa, meh sini nak cerita sikit kat hampa semua. Environment kat sini aku tak berapa nak suka sangat. Pasai apa aku tak berapa suka? Sebab kucing banyak weh. Tapi tapi tapi la ni dah tak banyak sangat macam dulu. Sebab kucing dah banyak yang kena kurung dalam sangkaq.  Sebelum ni aku habaq hang, kiri kanan depan belakang mesti ada kucing. Pastu sekoq sekoq mai kat kaki aku dok geseh geseh kepala kat kaki aku. Ingat aku stim aa? Haha bagi penyepak baru tau. Dekat 15 ekor tak banyak pulak? Tu pun ada yang dah kene jual. Kalau tak jual tak berpuluh puluh ekor pulak kan? Pastu asyik bunting je. Bila dah beranak tanak pulak susukan anak tu. Anak kucing tu baru sehari lihat dunia dah mampoih. Haihhh, menyontot reti, romen reti, tapi jaga anak tak mau. mana boleh camtuuuuuuuuuuuu! Hahaha. Bila time makan, kucing kucing tu pun nak makan jugak sampai panjat duduk atas meja. Pastu dok meow meow. Rasa macam eyhhhhh, nak pangggg, tunjal tunjal je kepala sekor sekor. Haha. Ini serious aku marah. Bukan aku tak suka kucing. Tapi, sebab aku allergic sikit dengan bulu kucing. Then kucing ade bau kan? Bau dia tu buat aku sesak nafas. Rasa macam ala ala nak pitam tu. Ala ala? Hmm, pon bolehhh. Pastu bila ade bau yang tak menyenangkan tu, buat aku rasa macam nak tidoq tak mau bangun bangun je. Kalau tidoq macam tak bau pulak kan? Macam bau tu terus hilang pulak kan?Mungkin bila aku tidoq bau kucing tu bertukar jadi bau ayam panggang kot. hmm ayam pangganggggggggg! #upin dan ipin. Hahaha bayak pengaruh kartun lah aku nih.


*selalu sangat buat huru hara, kan dah kene kurung. hahaha







Tu baru part kucing. Ada lagi? Semestinya ada. Ape lagi yang kurang?  kat sini banyak nyamuk weh. Tak kira waktu, pagi petang siang malam, mesti ade. Tengah hari buta matahari memang landing atas kepala baik punya, pastu sampai mencengkam urat saraf kepala otak rasa asyik nak mengamuk pastu nak lempar semua benda depan mata  pun ade jugak nyamuk. time mandi, time berak pun memang kene gigit. Nak berak pun tak senang. Hahaha.  time tidoq cena pulak? Memang hang takan tidoq lena la. Ade je yang merempit  120km/h kat telinga hampa. Aku  tidoq balut semua badan aku dengan selimut dah persis mayat hidup pun belum tentu selamat dari kena gigit nyamuk.  mungkin kena tidoq dalam ayaq kot baru tak kena ganggu. Hahaha. Belum kira sudut lagi.  kat mana aku duduk kat situ ada nyamuk. tiap masa nak pasang ubat nyamuk. haih, mana tahan. kalau dah tiap masa nak pasang ubat nyamuk, memang kaya la hindu kedai depan tu. Hahaha. Aku rasa dah macam kawasan pembiakan nyamuk kelas satu. Kalau time senja time subuh ade nyamuk, itu normal. Ni tak, memang tiap masa depa kaum kerabat nyamuk dok berparty. Haihh, depa memang kaki goyang kot. Ridsect good night tak diganggu nyamuk? ahhh tu semua dusta. Hahaha. Tak tahu nak habaq cena dah. Kalau hampa kat tempat aku hampa boleh tahan ka?


Bila asyik kene gigit nyamuk, aku rasa mcam nak cakap “ SAYA LAH PENDERMA DARAH TEGAR”. eh eh ada ka? Hahaha. Di sini, saya ingin menyatakan bahawa percutian saya tak bekelas lansung. Sebab banyak nyamuk dan saya kene gigit dengan nyamuk teruk teruk punya. hahaha.  Siapa kata kampung tu indah? Ahhh, bagi aku tak indah sebab banyak nyamuk. aku rasa kalau pegawai kesihatan datang check satu satu rumah dekat kampung ni, mesti banyak yang kene kompaun sebab biar ayaq bertakung. Tak reti nak buang. Pemalas! Bandar pun ade nyamuk. tapi tak teruk macam kat kampung. Pegawai kesihatan pun tak mahu buat pemantauan. Pemalas! Makan gaji buta ja!  Kalau semua dok bela nyamuk, cena nak hidup sihat? Kementerian kesihatan sibuk dok pesan pesan kat orang ramai jaga kebersihan la, utamakan kesihatan la apa jadah haram lagi. ehh aku dah sampai mana nih? tu lah merepek jauh sangat


*saya tak suka orang yang pakai baju kurung warna hijau sebelah saya tu, sebab dia selalu makan banyak. hahaha dengki


Okay, sesi complain complain dah habis ya anak anak. dah tulis macam macam, aku rasa apa yang aku dok membebel macam lari dari tajuk asal. Ahhh, abaikan. Thanks for reading people. Saya lapar, nak makan. Kbai muah muah. hahahahaha







Saturday, November 19, 2011

ku panjatkan syukur kepada sang Pencipta

assalamualaikum... tehee :)


syukur alhamdulillah. tarikh 17 november 2011 lalu, (arini baru nak post entri, haha) genap 2tahun aku kawan dengan dia. macam tak percaya dah dua tahun. mimpi? ohh bukan, ini realiti ye anak anak. haha. dia tu sape? *leklu leklu, tarik nafas dulu, amek feel dulu. haaaaa jeng jeng jeng! dia lah pemain bass terhebat paling meletop bagai mercun pop pop berkotak kotak abad ni yang berjaya mengekalkan takhta di carta hati aku. whoaaaa!  *kelassss kau belle.


harini aku dapat jumpa dia kejap. kejap je la. tak lama pun. dia dah naik offshore 22/23 nov nanti. hehehe :) nanti dia dah naik offshore, aku dah tak boleh nak contact dia weh. for two weeks weh. bayangkan macam mana hp aku sunyi tanpa deringan messege receive dari dia weh. omg omg omg weh. okay,bole stop dengan kau punya weh. annoying tahu -.,- belajar terima kenyataan? demi masa depan awak, saya dan anak anak kita nanti tape lah saya terima. cewahhh! *senyum nakal.  meh nak cerita.  for the first time dia naik offshore, aku nak mid term test. study pun sebab nak dapat A. kalau takat nak lulus je, mesti aku study cincai je an. hmmm. aku dengan dia memang hari hari text. bila dua minggu dia tade, seriously aku terasa. bayangkan ape yang aku rasa. weh, bayangkan lah macam mana kalau bf/gf korang tak msg korang dalam masa 2minggu. mesti boleh mati kelaparan. eh eh ade kene mengena ke? hmm bayangkan tau tau. dengar tak weh? weh dengar tak? tak? fine, kecewa :( bila dia call aku masa dia kat tengah laut, aku jawab sampai menangis. dasyat bukan? woi, malunyaa! sampai ade satu tahap roomate, classmate sume tegur kenapa hp kau dah tak berbunyi belle? rosak ke? mereka main kasar. mereka gurau kasar. mereka memang kurang ajar! tape, nanti aku nak msg dengan bf korang. pastu suruh dia beli blackberry sebijik. pastu hp aku akan berbunyi balik. acano, boleh kan? HAHA


tadi meet dia kira sambut anniversary sekali lah kan. even terlambat.  lambat dua hari je pun. alahai, korang ni, jangan lah berkira sangat dengan aku. kita kawan kan? kannnnnn? HAHA nak jugak tu. adoi, tak tahannnnnn -.-' dia suruh aku teman dia. nak shopping katanya. so layankan je lah. even sakit perut. aku gagahkan kaki ni ikut jugak la kemana langkah dia. dia masuk  kedai aku pun masuk kedai . kalau dia masuk toilet, aku tunggu luar la. hahaha bagi tahu awal awal. kang ade je point nak bahan aku kan. korang bukan boleh percaya sangat. HEHEHE. orang kata, nak jadi isteri yang baik kene ikut cakap suami kan? tapi dia belum jadi suami? tapi kenapa aku ikut dia?  tape laa, bakal isteri. hahahahahaha. insyaAllah, kalau ade jodoh tak kemana :)


dah makan sampai kenyang, dah puas berjalan, masuk satu kedai tak berkenan, keluar balik. masuk satu kedai tak berkenan keluar balik. entah berapa kali buat benda yang sama aku pun tak tahu. biasalaaa, nama pun shopping kan. mesti lah cari benda yang betul betul kita nak. sekarang ni dunia mentasi zaman modenisasi  dah tade istilah perempuan tu cerewet. elehhh, lelaki pun sama laa. betul kan? ahaa nice, sepp sikit :)


plan nak beli kasut macbeth sama sama. tapi dia sorang je yang dapat beli. aiseymannn, memang jeles. mana aci! awak, kita nak beli macbeth jugakkkk! nak jugakkk! nak jugakkk! *gedik. hmm tapi tade size pulak. haihh, tape lah. tu namanya tade rezeki belle oi. dia dah jumpa kasut macbeth yang nak dibeli, yang aku buat muka sedih. yelaa, tak dapat macbeth an? hmm. sambil buat muka comel dia kata, saya dah jumpa kasut saya, tapi kasut awak belum jumpa lagi. so kita pergi cari kasut awak pulak eh? baru adil. awww, im melting! hahaha automatic,maka dengan ini aku mengishtiharkan bahawa hati kembali berbunga riang, angin sepoi sepoi bahasa, burung turut berkicau, pokok melambai lambai, rasa macam nak lompat sampai roboh bangunan tu. hahahahaha. tak boleh blahh lansung. maka kami menerusakan langkah yang tak berapa nak lurus ke converse. masuk converse then berkenan kat satu kasut nih. mintak size, dah okay ape sume terus grab. hikhikhik. macam gelojoh. eh eh mana ade! aku just nak pendekkan cerita la. ishh, hadoi nye punnn. pastu terus balik. sorry tadi tak snap ape ape gamba pun. doakan aku ade jodoh dengan dia. HAHA belle, kau memang miang!! elehhh, bia laaa.

masing masing muka tak matured. AHAHA harap maklum


p/s: awak, firstly thanks for the 'macbeth' haahahaha ni nama dia thanks perli okay. sebab tak dapat macbeth,tapi dapat converse je. tape lah, thanks again :) saya sayang awak. awak ingat tau! saya bahagia dengan awak (haa kau tengok, ayat aku macam aku dah kawin je. haha)  nanti dah pergi vietnam nun jauh di sana tu, jangan lupa buah hati awak kat malaysia ni. mintak iTalk banyak banyak sikit kat boss awak tu. nanti boleh call saya, pastu cakap lama lama dengan saya. haha jaga diri baik baik. semoga jodoh awak sentiasa dengan saya. jangan makan banyak banyak sangat. nanti saya cari bf lain *ni betul betul ganas. awak, kalau awak baca entri ni mesti awak boleh kene buasir kan? HAHAHAHAHA okay tak tak, saya gurau :)


awak, saya sayang awak !!! 
awak betul betul terbaikkkk!! *slang tok abah dalam cerita boboi boy. hehehe


again, syukur alhamdulillah. thanks for reading people. boieeee! :)

Friday, November 18, 2011

tempias, aku yang kena :(

assalamualaikum...


cerita dia macam ni, kawan aku ni nak masuk uitm but tak dapat. so dia suruh aku teman  pi jumpa si M sebab si M ni nak tolong dia. bapak si M ni ade cable kat uitm. no wonder lah dia boleh tolong kawan aku. kan? dah jumpa bagi salinan IC dan slip spm lepak minum kejap pastu terus balik.


then 13 november baru baru nih IM aku diterjah oleh si M. aku pun tak berapa nak kenal dia.

conversation bermula... *print screen problem. haha

si M: hey
aku: yup
si M: cmne blaja? ok? still at bangi?
aku: so far alhamdulillah ok je. aah kat bangi :)
si M: owhhh, mmbr u xkenang jasa ek? hurmmmmm. menyesal i tlg dia.  xsangka dia jenis mcm ni
aku: nape ngan dia?
si M: msg tak rply, call pun ckp cm nk xnk. mentang2 lah da dpt uitm
aku: ohh dia dapat uitm tu u ke yg tlg dia?
si M: i tlg dia for uitm
aku: then dia dpt la?
si M: xtau la sape lg yg tlg. but my dad ckp dia follow up smpai dpt. hurmmm
aku: seriously? omg. then dia tak ckp thanks kat u ke?
si M: yup. so sad. xpelah u. xsangka plak dia mcm ni
aku: hmm sorry bg pihak dia. i pun tak tahu nak cakap macam mana
si M: xpe. its ok. hopefully u jgn la jd macam dia :)
aku: insyaAllah, mintak dijauhkan dari perangai mcm tu. ameen.
si M: tu lah. *tamat

aku tak sangka. bila aku dengaq orang lain dok cakap yang kawan aku macam tu, aku yang terasa malu. tak tahu kenapa. hmm aku sedih. seriously.
ya Allah, jauhkan lah hambamu ini dari sifat sifat yang tercela. ameen, insyaAlllah


hang blajaq la tinggi cena pun, hang blajaq la U kat oversea ka apa ka. tapi kalau hang tak reti nak hargai jasa orang, baik hang tak payah habiskan duit mak bapak hang dok blajaq tinggi2 nuhh. time kecik kecik dulu mak bapak hang lupa kot nak ajaq hang cena nak hargai jasa orang. mungkin.


p/s: pada kawan kawan aku yang baca entri ni, korang jangan jadi macam ni nohh. tak baik. depa buat baik kat hang. depa dah tolong hang. tolong hang untuk masa depan hang jugak weh. tapi cmni ke hang balas kat depa? say thanks pun dak. weh, cakap thanks pun dah cukup memadai bagi aku. tak pun hang ajak laa orang yang tolong hang tu lepak minum ke kan. simple aite? :) hang happy, orang lain pun happy weh


thanks reading, kbai :)



Thursday, November 17, 2011

sukanyaaaa, aww awww!.

lagu sexy and i know it bergema....
maka tangan aku laju je menari sambil ketuk ketuk keyboard ni. apehal entah -.-'  beri inspirasi? ilham lebih mencurah curah? mungkin.
air hidung meleleh terus,hmm hingus. selekeh nye aku.


pagi pagi buta dah online. ngadap pesbuk macam layan breakfast, tetibe kene tegur. gigi kau sakit lagi? *aku  buat bodoh.
dah lama baru aku bersuara. dah tak sakit macam malam tadi. malam tadi sakit dia tak boleh nak kata apa. lepas nangis terus tido. sian kan? memang sakit tahap ohsem punya laa. serious! -tolong percaya :(

mak cakap, kejap lagi jom la pergi jumpa doctor. dah lama sangat kau simpan sakit gigi kau tu. cabut je terus. tunggu ape lagi. huihhh, bukan gigi dia memang rileks ah dia cakap ann. try tengok macam mana sakit gigi tu kene kat dia. mesti asyik terlolong sebut ayah, ayah, ayah je ann? atotototototo, konon comel laa HAHAHA. 
okay mak, jap lagi kita pergi ehh. tapi bagi orang on9 dulu. aah nabila,kau punya kejap tu lagi sejam dua. bukan sekarang. alaaa, leklu. baru pukul berapa. okay okay, orang siap sekarang, tunggu jap eh. masuk toilet cuci muka dah macam cuci toilet. lama nauuu! hoi, cepat sikit  jap lagi nak pergi amek hayqal sekali. sian adik kau tunggu lama lama kat sekolah kang *merungut je lah mak aku nih


tengah betul betul kan tudung, dengar suara mak. mana kau punya lapbilm? ape dia? lapbilm? mana hado.
amenda tu? lapbilm tu ape? yang aku terus ketawa berdekah dekah macam kene rasuk syaitan. jahat kah aku? tak kan, tak kan? mak malu, muka macam pakai blusher je. an mak an? *lipbalm sebenarnya. dia tersasul, haihh mak aku ni comel je :)


dah amek hayqal kat sekolah, terus pergi clinic. sampai je kat clinic kene tekan loceng ape jadah binatang haram tu. lalu terdengar suara dari intecom.#canggih! ye puan ade ape ape yang boleh saya bantu. mak cakap, nak cabut gigi. intercom bunyi, ade buat appoinment dengan doctor tak? mak cakap,tade. intercom bunyi lagi,doctor tade sekarang. puan datang pukul 3.30 boleh? mak cakap, pukul 3.30? hmm boleh la. terima kasih ye. 
haihhh, payah la kalau sume benda nak kene buat appoinment. payahhhh -.,- *mengeluh lagi mak aku nih..
leklu mak, jom pi beli eskem, nak? HAHAHA
                                             

3.30 p.m sampi clinic. hujan lebat tak terkata. tekan loceng, pintu di tarik. aku lepas kan gedeganggg. dah naik tangga, ade lagi satu pintu mak aku tarik, aku lepaskan. lagi sekali gedeganggg, pembantu doctor usya panas. hoi hoi, ape usya usya? yang mak aku dah jeling jeling. HAHAHAHA biarkan je. da settle buat rawatan ape sume, terus tunggu resit kat kaunter pembayaran. aku kalih kepala sebab pandang hp je. pelepappp,pembantu doctor letak resit atas meja. #muka ganas, tapi seyum senyum. haihh, acano tu?
tengok total rm105. rasa macam zupppppp ade benda attack kat jantung. melayang la rm105 aku. kalau tambah lagi rm5 dah boleh dapat sehelai tshrt macbeth. haaa, kau nak yang mana? rm105 keluar macam air je der. dah la doctor tu drill gigi aku sakit gila. celaka betul. suntik bius sampai bengkak bibir. mulut herot herot macam kene stroke. sial punya doctor. rasa macam nak bagi penumbuk je. dah ah charge aku mahal! ni memang betul betul sial. ergghhh, how dare you!


dah settle kat clinic gigi, mak ajak pegi post office. dah settle hal kat post office terus balik. ontheway nak balik mak suruh tolong lapkan cermin sebab dah kabur tahap petala kelapan. bayangkan, teruk dia macam mana. tengah lap cermin, aku cakap kat mak cmni, ye kak mau minum ape? *slang ala ala bangla. mak cakap, hey kepala otak kau. mak terus gelak HAHAHAHHA aku pun gelak. . *cool ta mak aku? angguk pls! pls! mak kau macam mak aku tak? tak sama? okay, kecewa 


p/s: hehehe, i love you mama. errr mama? kalau mak aku baca nih mahu seminggu dia sembelit. tak pernah pernah aku panggil dia mama. rindu nak gurau gurau. rindu nak gelak gelak. gurau gurau? ayat aku dah macam haram J dah ni HAHAHAHA.


sorry entri macam karangan. alaaa, bia laaa. kbye :)





dia nak cakap...

HELLO, muka teruja! *cerita semalam


lama gila tak update blog. dekat 5 bulan terbiar. ahhh biakan. assignment,presentation,quiz,test,proposal mmg byk lagi2 nak abis sem ari tu.  aku bz. aku bz. aku bz. aku bz dengan sume tu. haihhh, cukuppp dengan bz kau tu belle! tapi, sekarang dah free. sebab free? sebab dah abes final exam. lagi? sebab dah cuti . lagi? sebab tak tahu nak buat ape. lagi? sebab tak baik buang masa. lagi? okay, bole pergi mampos dengan kau punya lagi tu. HAHAHA. maka sesungguhnya masa memang terlebih dari cukup. kalau ade perkataan busy jugak,aku pun tak tahu nak kata ape dah. *gelak jahat


huarggghhh, sakit gigi woi! sakit gigi woi! dengar tak woi? 
okay, tu je yang aku nak cakap untuk entri busuk kali ni.. HAHAHA



p/s: abaikan entri lima bulan lepas. aku rasa ayat macam lahanat plus teruk teruk punya. huhhh, kemainn kau. cerita nak budak sekolah je. yela sekarang dah naik pangkat sikit. jadi budak kolej da. hahaha dia macam up sikit. sikit je la. tak banyak mana.


sakit gigi, bye ;(

Sunday, June 26, 2011

errr, semak betul

hey hey and hello bloggers!

dah berhabuk bersawang dah blog wa ni. mana tak nya dah terbiar dekat sebulan. wa tak bagi makan minum lansung. lansung weh. cer lu bayangkan. ha teruk tak teruk tak? memang terbiar melukut di tepi gantang. eh eh ape aku merepek ni? ha-ha abaikan

macam macam wa nak update. tapi wa malas.dan  wa memang PEMALAS. ehem ehem harap maklum.
k boiiiiieeee!


p/s: nanti mood rajin wa dah datang wa update kay :)

Monday, May 23, 2011

ohyeah, girls day out! hewhew

tepat pukul 8 suku sebuah kereta kaler biru memang avatar berhenti  betul betul depan rumah. yang aku terkinja kinja pergi intai kat depan rumah untuk tengok kereta siapa laa sesuka atuk dia je behenti depan rumah orang. haih nak je tegur, 'haih makcik, besarnya mandat sesedap itik je parking depan rumah orang'. HAHA cool then.
tapi tak tegur pun, buang masa aku je kau tahu tu? baik aku siap siap sebelum ibu *mak eyman cina  tercangak depan rumah.

tudung pun tak siap pakai lagi,  calit sana calit sini  setengah jam baru complete. tu belum kira kalau pakai shawl belit belit ala ala hana tajima tu. konon retisss an an an. mahu berpeluh orang yang menunggu. ntah ntah make up pun mahu luntur agaknya kalau dah berpeluh sampai macam tu. maka pakai lah tebal tebal setanding opera cina haha tetiba

tengah layan belit belit leher dengan shawl ala ala yunalis zarai kononnya, senyum senyum buat muka paling comel depan cermin, henpong atas meja vibrate. melatah.  nasib baik tak sebut ape ape yang tak patut. maklumlah, orang melatah kemain suka sebut yang bukan bukan. korang latuh? kan kan kan?
-incoming call, angkat cepat cepat.

"belle, dah siap? ibu amek depan rumah tau"

"belum, tengah pakai tudung lagi. apesal?"

"ohh tape. aku dah otw. tunggu depan rumah aww"

"gulpp, dah otw? okay okay. nanti aku tunggu depan rumah"


alhamdulillah, dah siap terus keluar tunggu depan rumah. ingatkan dorang dah sampai, rupanya belum.

ibu ~ driver terhormat untuk hari tersebut. hehe ;)

ibu sampai terus pergi pick up wany pulak. otw ke rumah wany,try call dia. tapi tak angkat. call banyak kali pun tak angkat. then decide dengan eyman keluar dari kereta untuk gegar pagar rumah dia. tapi salam tetap tak bersambut, call tetap dia tak angkat. haihh, perempuan ni dah keluar? dia tade kat rumah ke? ke tidur tak bangun lagi? tidur mati ke dia tu? takan orang dah gegar pagar rumah bagai nak roboh pun tak sedar lagi.
hmm biarkan la dia. bukan rezeki dia nak join kita arini. maka dia di tinggalkan. -muka sedih 


maka ibu meneruskan perjalanan mengahala ke ibu kota. cewahh ayat haha. nasib gerak awal, so jalan  clear, memang terboikk. destinasi pertama, jalan TAR :) tujuan utama nak cari baju kebaya ashliha *adik eyman nak jadi saloma katanya, nak beli baju kurung, nak beli shawl. sana an murah murah. haha saving sikit. saya bukan anak dato, lepastu saya bukan anak tan sri, lepastu saya bukan anak hartawan, lepastu bukan juga anak jutawan. haha tetiba. tengah rambang mata pilih baju kurung, henpong vibrate lagi -incoming call , wany hotsetap ;)

"weh, korang kat mana? dah gerak ke?"

"dah laa.now kat jalan TAR. tadi call kau bagai nak jahanam henpong aku, kau tak angkat pun. gegar pagar rumah kau pun tak de sape layan. kau tido mati ke hape hah? -marah ni "

"HAHA-ketawa. alaa aku tidur lambat la malam tadi. sorry, serius aku tak sedar time korang call and gegar pagar rumah aku tadi. mesti pagar rumah aku dah nak runtuh dah an?" -sempat lagi dia nak loye buruk

"aah, memang kau sempat loye buruk ngan aku. kang ade gak makan kasut busuk ni. hmm bukan dah nak runtuh, pagar rumah kau memang dah runtuh. kitorang yang kerjakan. caye tak caye tak? baik kau pergi tengok sekarang. dah, padan muka kene tinggal. lain kali kalau orang call angkat la gila. jangan bagi aku cakap ngan makcik kau. ni tak, asyik je lah masuk voicemail. pastu mentedarah kredit aku. cekap betul makcik kau bekerja an. cer suruh makcik kau ajar aku sikit"

"HAHA-ketawa lagi. setan kau belle. ade je la point kau nak perli aku ann. yela yela, pasni tak buat lagi. k lah bye"

tuuttt tuttt- talian dimatikan

dah puas pusing pusing, dah dapat baju kurung, tapi tak jumpa shawl yang berkenan, dah jumpa baju kebaya ashliha dan  meneruskan perjalanan ke kamdar. hewhew beli ape2 yang patut dan keluar semula untuk makan. station kopitiam menjadi sasaran untuk menternak lemak 

bersama saloma, ewahh! dah besar dah ashliha. dulu kecik je. nampak sangat aku dah lama tak jumpa dia. haha

selesai menternak lemak dekat station kopitiam, ibu yang belanja haha maka perjalanan di teruskan. destinasi seterusnya ialah SOGO. ahaha kecoh. langkah je kaki tengok ramai gila orang. maklumlah, hari minggu. keadaan di ibu kota memang begitu. SALE kemain gedabak. buat aku rambang mata untuk memilih.sedangkan mind dah set. ape yang patut aku beli harini adalah keperluan. BUKAN kehendak. so niat nak beli berhelai helai baju terbantut. walaupun masa tu memang rambang mata, tak tahu nak pilih. rasa berpinar je mata. penat la tawaf  level ladies wear tu, last last aku beli track bottom je. HAHA memang bagus.

puas tawaf satu sogo, akhirnya aktiviti menternak lemak diteruskan. haha memang tu aktiviti wajib ;)
sasaran manhanttan fish market. -ehem ehem, betul ke aku eja macam tu? sebab tempat lain semua penuh.
dapat je duduk semua diam. haha penat an, dapat letak bontot memang confirm diam laa an an. ha ha tak lawak -.,-


featurin' zakiyah and eyman ;)

eyman tercampak kat uitm dungun, zakiyah pulak kat uitm larkin. untung la korang dapat uitm. aku je tak. sobsobs :( bukan rezeki aku latuh. eyman, zakiyah good luck dekat sana nanti. i'm gonna miss you and take care. kalau balik sini jangan lupa roger2 aku. nanti boleh lepak sama sama.shopping sama sama lagi.

p.s: untuk picture yang last tu, sorry muka aku serabai gila. sila lah gelak kuat kuat -.-


tu je nak post untuk kali ni. sayang korang semua. kbai :)



Sunday, May 22, 2011

tak sabar nyaa!

balik dari kerja, mandi mandi, baru nak letak bontot untuk tengok tivi , henpong vibrate macam biasa memang hobi dia. tak perlu kata apa apa, terus tekan read message. yeahhm senyum.. tak perlu kata apa apa. haha

okay, berbalik kepada tajuk ~

love the wat u lie bergema, menandakan message recieve. tekan read untuk terjah message tu.
 'esok pukul 8. aku pick up kau kat rumah. boleh kan? btw, kau kat rumah mana? nnt esk senang nak suruh ibu amek terus'

jari terus menari atas keypad hp.
'kul 8? pheww, awal nya! now aku kat rumah desa. tape, pagi esok aku suruh mak aku hantar pergi rumah lagi satu. nnt ape2 hal roger aku'

rihanna melalak dan tak henti henti melalak. naik muak rasa macam nak campak je henpon tu ke laut.
lepastu  nanti ade orang tu tegur, 'ehem, hoi hoi tak reti nak bersyukur ke?' lepastu ade orang tu tegur lagi 'henpon pun orang yang bagi tahu tak?' lepastu lepastu alaaa, yela yela tak buang. bersyukur latuh kan kan? haha

esok nak keluar, nak pakai baju ape? nak pakai seluar ape? nak pakai shawl ape?
haihh, tak sabar nyaa nak keluar esok :) k bai

Tuesday, May 17, 2011

kring kring henpong menyanyi

suatu petang tengah sedap sedap layan nasi ayam sebagai juadah lunch hari tu -nampak sangat aku lunch lambat gila. hahaha. tiba tiba henpong bergetar. haa sape pulak yang msg? sape pulak yang call? ehem, tangan pantas je bawak keluar henpong dari poket seluar.

i n c o m i n g c a l l -'eyman cina' bukan nama sebenar. 
siapakah manusia yang bernama 'eyman cina'? tak tahu? k diam. haha

tak sempat nak buat ape ape dengan mulut yang penuh dengan nasi, terus tekan 'yes'. 'hello, ha nape?'-eksaited. bayang kan macam mana situasi bila orang bercakap then mulut penuh dengan makanan. bayangkanlah. tu lah sape suruh call aku time tengah makan. memang suara aku bunyi eksaited gila la kan. haha. maka si eyman menjawab 'weh, kat mana?. jom teman aku pergi mines beli barang. yela aku dah nak masuk uitm dah. bila lagi nak kuar dengan kau. an an an? ' -aku mampu ketawa bila dengar dia cakap macam tu.

'ehem awek, aku kat tempat kerja laa, mana boleh keluar sesuka hati. sorry tak dapat teman kau'.

'lahh kau kerja lagi ke? hoi, bawak bawak laa berhenti. pastu boleh jugak teman aku pergi beli barang barang. yela, aku dah lah tercampak dekat dungun sana tu. ingat dekat ke nak keluar jumpa kau? pastu kalau aku dah tercampak kat sana tah bila lagi aku boleh keluar lepak lepak hu ha hu ha ngan kau an?'

'haihh kau ni jangan laa cakap cenggitu. kang ade jugak yang meleleh kang. tak pasal aku tadah baldi kat sini - ketawa. alaa hari ahad ni tak boleh ke? ahad je aku free weh. pls hari ahad, pls pls' -merayu

'hmm ahad? haa cun jugak tu. tape lah ahad ni pon aku nak pergi jalan TAR. aku pergi dengan ibu, zakiyah pun ade. nak pi shopping baju kurung. maybe aku ajak wany sekali. haa jom la jom la'

'hmm pape hal nanti aku roger kau. sebab aku kene tanya mak aku dulu. btw, sepatutnya aku ade class driving. maklumla orang baru nak buat lesen. bukan macam kau, untung laa dah ade lesen pastu jadi driver makngah. haha. tengok lah dulu macam mana. kalau mak aku kasi nanti aku bagi tahu kau'

'okay okay, nanti papehal contact aku eh. hopefully ahad ni boleh. aku dah lama gila tak keluar dengan kau. k bye' -tutt tutt, talian di matikan.

ayat memang harapan tinggi macam KLCC. alaa eyman, rindu aku letteeww! an an an? haha. tape, aku akan try untuk keluar dengan kau nanti. eh eh? -muka comel + kenyit mata sikit  haha gediknya!

siapakah 'eyman cina' tu? nama sebenar aiman najwa. dia lebih selesa kalau orang sekeliling panggil dia 'awa or wawa' eh betul ke?. tapi tah kenapa, aku tak selesa panggil dia cenggitu. so aku panggil dia aiman. tapi kenapa dalam henpong save nama dia 'eyman cina'? eh eh suka hati laa. haa, korang ni sebok je taww!. haha. aku save nama dia 'eyman cina' sebab 'eyman' tu macam comel sikit dari 'aiman'. pastu kalau letak 'aiman' aku takut aku tak ingat sape 'aiman' tu. pastu muka dia macam cina. so 'eyman' yang macam comel tu gabung dengan cina sebab muka dia macam cina maka terhasil dan ter'save' lah nama tu kat contact number dia. 'eyman cina' kan macam cute ala ala kura kura gitu. haha


 ehem ehem, tak sabar nak keluar. dah lama tak keluar. dah lama tak keluar bazirkan duit. haha kbai ;)





Sunday, May 15, 2011

sekolah memandu yang dipandu

assalamualaikum.. *jawab tanda sayang. tehee ;)
kenapa title macam tu? entah aku pun tak tahu kenapa. apesal tak boleh ke nak tulis macam tu? hmm tak boleh eh? hhmm kbai haha


pagi pagi lagi dah kene bangun, sebab ade driving class. haih, perkara paling payah memang tak lain tak bukan ialah bangun tidur. okay, jujur punya.


dah siap siap ape semua, pukul lapan gerak pergi tempat kak sue. then hari tu pergi driving school abang saiful yang hantar. sesampai je dekat driving school, abang saiful suruh tunggu kejap. yang aku ni pun tunggu la macam tiang kat depan pintu office tu. bila abang saiful datang, dia suruh aku masuk office beratur then tulis nama kat dalam buku. masuk je dalam office aku nampak sorang mamat tu. tinggi, lepastu macam hensem sebab hari tu dia pakai kemeja, lepastu kurus. lepastu lepastu. lepastu aku tengok dia dari belakang je. aku sedap sedap tenung sorang awek tu, pastu mamat yang aku pandang tu tiba tiba dia toleh ke belakang. eh eh dia tu boyfriend fatin tu kan? fatin yang mana satu entah. ehem, macam kenal je. haih, aku semuanya macam kenal. huk aloh, kesah pulak aku?


dah siap tulis nama aku pun keluar dari office sebab abang saiful tu tunggu kat luar. jalan jalan kat tempat tunggu turn nak belajar bawak motor sekali abang saiful tegur 'okay nabila ni buku awak,awak tunggu sini. nanti dah sampai turn awak pakcik rashid tu akan panggil. awak reti bawak moto kan?". yang aku dengan muka cool tengok orang tunggu turn masuk litar geleng kepala sambil mulut kata ' ehem, saya tak reti bawak moto lah bang. hehe " - boleh pulak aku ketawa time tu. haha memang cool habis.

abang saiful cakap lagi ' ehh dah tu macam mana nak bawk motor ni? sebab kat sini orang dah reti bawak motor pakcik rashid tu terus suruh masuk litar. hmm tapi takpe laa, hari ni awak duduk je lah dulu kat tepi tu eh'

-ohh demm, aku datang sini sebab nak belajar la. kalau tak, ape guna aku masuk sekolah memandu. haih, sigh!

'hmm dorang memang tak ajar eh cemana nak bawak motor?' ehem, bukan tahu malu tanya soalan camtu. soalan kemain kuno. tahu tak now budak yang dobelas tahun pun dah reti bawak moto? aku umur dah nak masuk lapanbelas pun tak reti lagi. okay, malunyaaa -.,-

tengok jam baru pukul 9. hati memang tak ikhlas dengan muka memang macam taik paksa rela terus melangkahkan kaki  pergi duduk kat tempat orang ramai tu. tunggu macam tunggul sampai lah pukul 12. duduk kemain lama kat bangku besi tu, naik kematu  kebas bontot aku nih. haha teruk!

pukul 12 abang saiful datang. dah masuk kereta, dah letak bontot, tengah layan minum air horlick sekali abang saiful menghala jalan ke tempat untuk amek test undang undang. sampai2 je kat tempat test undang undang, abang saiful pun keluar dari kereta. katanya nak pergi tengok budak2 tu dah siap test ke belum. aku pun tunggu je laa dalam kereta. tunggu punya tunggu sampai tertidur dalam kereta. sedar sedar je jam dah nak dekat pukul dua. haih, lama jugak aku tidur dengan perut lapar mintak makanan tu yang terjaga tu haha. biadap punya perut, tak hormat tuan lansung.

bukak pintu terus pergi mcd. haha untungla mcd dekat setakat limabelas ke doplohlima langkah je. kira tu, cehh tak tahan je haha. tolong jangan percaya. aku bukan kira pun. masuk mcd terus serbu toilet. faham2 laa kalau jantina tu dah perempuan tak sah kalau pergi singgah mana mana then tak masuk toilet. eh eh lelaki pun ape kurangnya. haha. lagi lagi kalau dah masuk tempat lagi lagi yang nama shopping mall. haha an an an? mesti masuk even sekali pun. haha ye dak? baik angguk cepat!

keluar toilet, muka segar je. sebab baru basuh muka. hahaha baratur beli sundae chocolate. huu, terboikk!
dah dapat sundae muka seyum macam kerang busuk. haha bia la an an? konon comel la? uhh puh-leasee! jam dah pukul tiga baru lah budak undang undang habis. sampai rumah dah pukul tiga setengah. penat.




p/s: terima kasih buat aku tunggu macam tiang, duduk atas bangku besi sampai kematu , kebas bontot. haha


kbai ;)

Tuesday, May 10, 2011

TAHNIAH, NAMA ANDA TERSENARAI ! (part two)

wa dah isi tangki perut wa,memang full tank punya huu tak senonoh tepat tepat pukul 2.30 petang. menunggu dan terus menunggu detik jam 3 petang.

wa sedap sedap bergossip, tengok jam da pukul tigalimabelas petang. hati wa kata,eh mana abang uitm ni, kata nak call pukul tiga? tak pasal pasal dapat nama abg uitm haha. tapi takpe, demi abang tu wa tunggu jugak. cewaahhh! dengan paksa rela wa tunggu dan terus menunggu. hati wa kata lagi, eh eh mana abang uitm nih, nak call ke tak nak. grr! jam dah menghampiri empatpetang dah ni. kata nak call pukul tiga. hailaa, mana abang uitm ni? mana? mana? manaaaaaaaaaaaaaaaa? -.,-


wa tengok jam dah pukul 4limabelas petang. opis hour dah nak habis dah ni. tapi incoming call tak coming coming lagi ni. mana abang uitm ni? pukul berapa dia nak call aku balik ni? hmm tangan daripada tadi memang pegang phone je ni. aihh, ni ni ni... bila ni nak habis? esok habis aa  haha


tetiba hati wa suruh tekan 'call' kat no abang uitm tu. angkat laa! angkat laa! abang uitm, angkat laa! pls pls!
;( huhh, gadis yang angkat laa! haa, gadis? nape gadis pulak yang angkat? nak kasi notis duapuluhempatjam pergi mati sebab wa call bf dia ke? hmm ape yang gadis tu kata? ape yang gadis tu nak pesan? ape yang gadis tu nak cakap sebenarnya? ape? serious, penuh dengan tanda tanya. sekali wa dengar gadis tu cakap cmni,

"baki akaun anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan. sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya. terima kasih"

haih, wa memang suka dengar gadis tu cakap macam tu kat wa. memang suka gileww! haha nampak benor nipunye~ PADAHAL, dalam hati dah sumpah seranah - sial, tak guna punya cikaro. time time macam ni jugak laa kau nak angkat grr! haha kan aku dah mencarut.


hmm tape laa esok je laa topup then baru call abang uitm tu. duit memang dah tahap nyawa nyawa babi dah ni. haha yela, masa tu gaji mana kuar lagi wehh. tolong la faham sikit eh! eh eh tetiba emo pulokkss. haha 


* * * * *


ontheway nak pergi kerja wa terus beli topup. sebab awal awal mak wa dah pesan dekat wa ingtakan wa remind wa suruh call abang uitm tu balik.dah topup, sampai je 'office' wa terus call abang uitm tu. tapi dia tak angkat pun. hmm sampai lah ke petang wa memang sedaya upaya cuba try test call dia tak angkat jugak. sebab setiap kali wa tekan butang 'call' mesti kat skrin hp wa keluar cmni,

 'USER BUSY' -tuttt tuuttt, talian diputuskan

hmm - tak pe laa. takde rezeki kot nak join seminar tu. sobsobs ;( tudiaa, sesi air mata dah nak mulaa dahh. apa tunggu lagi pi lah beli sekotak dua tisu. haha


wa sampai je rumah setelah seharian bekerja, tak sempat nak letak pape, mak wa dah terjah dulu dengan soalan bertubi tubi. haihh, tahu tak wa penat? cer kasi  wa letak bontot ni dulu. cer bagi wa minum segelas air kiwi yang gelas berpeluh peluh tu. segelas je, bukan satu jag pun. haha kan sesi terjah terjah gossip gossip boleh berjalan lancar. ye tak? haha mak wa tanya bukan setakat satu dua soalan tapi seribu seratus empat belas soalan. kemain banyak. wa pun jawab laa segala soalan yang mak wa tanya memang gaya dah macam wartawan dengan artis dalam melodi dah. aww, kelasss gitu!! haha 


mak wa dah soal wa macam macam, sekali mak wa selamber katak je cakap kat wa cmni, ' alahh pergi je seminar tu esok, kat putrajaya presint 16 je kan?' . haha kemain cool lagi soalan yang mak wa kasi tu. haih, mak oh makk. 'mana boleh pergi melulu macam tu je. semalam abang tu call orang sebab nak confirmkan tempat untuk orang pergi seminar tu dengan siapa ape semua. but sekarang ni, abang tu tak call orang balik, orang call abang tu tapi abang tu tak angkat pun. so conclusion nya orang tak payah lah pergi seminar tu. sebab kalau pergi pun bukan ade tempat. bukan rezeki orang lah tu'. -siap conclusion bagai, macam jawab soalan science dah. haha. mak wa mampu diam je bila dengar wa cakap macam tu.



phewwwitt, gaji dah keluar. boleh beli kasut, baju, seluar! HAHA



p/s: dah lama tak pakai kasut tu. rindu! hmm mana tak nya setiap kali wa pakai mesti nak gigit gigit kaki wa sampai melecet. masa baru beli puas wa gigit dia supaya kaki wa tak melecet bila pakai nanti, tapi dia tetap nak gigit wa kaki wa jugak. last last wa beli kasut lain, terus wa bia dia dekat dalam almari. -biadap punya tuan, tak hargai lansung jasa aku sebagai kasut.  HAHA. kesah pulak aku? -.-


kbai ;)

Thursday, May 05, 2011

TAHNIAH, NAMA ANDA TERSENARAI! (part one)

hello bloggers! ;)

hari ni wa nak cerita sikit pasal semalam. semalam wa tak sempat nak post. wa tak larat gila. penat.

semalam tah macam mana encik selesema *betul ke aku eja cmni? haha dan encik sakit tekak tetiba nak bercinta dengan wa. pagi pagi tekak wa dah rasa lain macam. perit kemain. hidung tersumbat. selekeh. suara memang sengau. tak tahu nak cakap macam mana perit kalau selesema dan sakit menerjah hari hari wa. memang wa rimas. serious, tiap masa kene ade tisu. wa bukan minah tisu.

pagi semalam, sesampai je wa dekat 'office' wa tu, wa di arahkan untuk pergi maybank. memang routine wa pun hari hari pergi maybank. kalau satu hari wa tak pergi bank, esok tu wa datang mesti dan memang confirm staff kat maybank yang selalu serve wa tu akan tanya " eh dik, semalam nape tak datang? cuti eh?". maka wa pun jawab, "eh tak lah. mana ade cuti. semalam sistem kat 'office' tu problem. so kalau nak bank in duit pun, tak berapa nak boleh" - senyum

berbalik kepada tajuk asal. otw wa nak pergi maybank, memang wa akan sumbat handsfree dalam telinga. tengah sedap sedap dengar lagu 'love the way you lie' , tisu kat tangan, hingus asyik nak meleleh macam anak kecil tetiba lagu bertukar ke tajuk lain. wa pun men'slow'kan langkah sebab rasa pelik. wa wusya hp. incoming call, 06-6******. no yang memang tidak dikenali. wa tengok skrin hp. wa tatap hp buruk wa tu, hati wa tergerak untuk tekan 'yes' , lalu berkata "hello?" - konon konon cool, tapi tak sedar diri suara sengau macam orang putus urat hidung. haha.

wa dengar suara jejaka. -huh, cair.

jejaka tu kata "hello, ni nabila ke?" -sekali wa diam.

kenapa wa diam? sebab wa dengar suara lelaki der. macam tak pernah dengar suara lelaki je. haha.
dalam hati wa kata, -aduh sape pulaklah yang call aku guna no rumah ni? suara memang wa tak pernah dengar. lagi wa pelik. macam mana lah pulak dia boleh tahu nama wa ni? -kaget. wa bukan kenal dia pun. bukan kenal dan memang tak kenal pun.

lelaki tu terus bersuara 'dik, dengar tak?. dik, kenapa diam?'

'ye, ye, saya dengar ape abang cakap. mana ade diam, tape tipu sunat. tadi saya lintas jalan'

'ohh lintas jalan pun kene diam eh?'

-biadap! loyar buruk pulak lelaki ni. wa diam tak tahu nak kata ape.

'abang nak bagi tahu adik. nama adik terpilih dan layak untuk seminar uitm dekat putrajaya hari sabtu ni 7 may. so abang call adik ni nak minta  result SPM adik untuk subjek bm,english, maths dan lima kredit untuk subjek yang lain"

'ha? untuk ape? saya tak ingat lah result SPM saya untuk result yang abang tanya tu. -teruk tahap petala kelapan, result sendiri pun tak ingat. abang call semula malam sikit ke, boleh tak? saya kat luar ni. tak pun tinggalkan la num phone abang. nanti saya msg ape yang abang nak tu'. -suke hati aku je cakap macam konon aku dah kenal dia nak suruh call malam sikit laa ape laa.

'tapi kalau boleh abang nak confirmkan hari ni. sebab nak reservekan tempat adik, adik datang dengan siapa, dokumen yang adik perlu bawak ape semua. so macam mana? '

'hmm jap jap. seminar ape abang cakap tadi? sorry,saya tak berapa dengar laa'

'seminar under uitm. nama adik tersenarai dan layak untuk seminar ni '

'ohh yeke. tapi kenapa dia tak hantar surat kat rumah je?

'tak tak, memang kene call pun. sebab tu abang call adik tanya semua'

'aduhh, cemana ni memang saya tak ingat la bang' -suara konon konon merayu. haha aku yang geli.

'sebab tadi abang ade call satu no rumah sekali opah adik yang angkat. then opah suruh call no hp mak. abang pun call lah no mak adik. bila dah call no mak adik, mak adik kasi no adik pulak kat abang. so abang call lah adik. so sekarang macam mana?' -memang habis satu family abang tu call. kenape tak call bapak, kakak abang adik makcik pakcik saya sekali tanya result SPM? haha

'hmm cmni laa. kalau abang call saya petang sikit agak agak boleh tak?

'kalau petang tu dalam pukul berapa ye?

'hmm dalam pukul tiga lebih kurang macam tu laa. boleh tak?

'ohh, pukul tiga eh? okay lah macam tu, assalamualaikum'

'waalaikumsalam' -talian dimatikan

                                                                 bersambung..

Tuesday, May 03, 2011

form six?

pagi pagi buta dah mengadap pesbuk.
tiba tiba tangan gatal sangat nak check form six.

dah search website , masukkan nomborkadpengenalan, tekan SEMAK
tiba tiba... -dup dap dup dap
tettttt teettttt keluar macam ni.




                                                                                       

                                                                  T A H N I A H!!



Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran




No. Kad Pengenalan:: 93062910****

Anka Giliran:: BH065A125

Nama:: NABILA BINTI ABDUL KHALID

Sekolah Asal:: BEA8627- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH

Jurusan:: KEMANUSIAN

Sekolah Ditawarkan:: BEA8606- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG

Tarikh Mendaftar:: 9 MEI 2011


lu tengok, T A H N I A H dia siap warna warni lagi teww. haha kenapa warna warni eh? kalau dah warna warni macam tu maksud dia ape tu? haha nak tarik wa masuk form six jugak ke? hailaa, rasa macam berat sangat je nak masuk form six tu. berat ke? kenapa berat? wa pun tak tahu. dah jangan gatai gatai nak tanyaa.


bila wa dah tahu dapat form six, mulut pergi gatal gatal bagi tahu dekat 'abang bassist' tu. sekali dia jawab macam ni,

"tak payah laa masuk form six. daripada masuk form six baik terus buat dip. je"

kenapa eh dia cakap macam tu? form six tu susah ke? haih, mana laa wa tahu.
tapi kan kan, kalau susah kenapa ade orang boleh je dapat 4 flat? 
hmmm ... -buntu. tak tahu nak masuk mana.


nak masuk ke tak? nak ke tak nak? tak nak ke nak?


"dengan ini dimaklumkan bahawa wa pun tak tahu lagi nak masuk form six atau tidak"

okay, dah cukup! -.,- haha
ape yang patut wa buat sekarang tunggu sampai result upu keluar.

so, kita tunggu! kbai ;)







Monday, May 02, 2011

akhirnyaaa

assalamualaikum...

hey bloggers!
and hello may! ;)

setelah sekian lama menyepi tanpa new entry,
sekian lama aku hilang, -lama ke?
 bukan ape. tapi wa busy dengan kerja.
busy gaya macam kerja pangkat besar sangat je wa nih. HAHA 
padahal, pangkat pun tade.
tapi busy bukan main lagi.
weh weh, lu tolong lah paham sikit.
wa kerja der. mana ade masa nak update belog.
tetiba emo pulak.
okay dah dah, lu wat lekk je.



dah lama tak bw, dah lama tak post entry. dah lama, dah lama dah lama sangat.
wa rindu nak update belog wa.
wa rindu nak main game kat pesbuk.
wa rindu nak keluar lepak lepak, nak HUHA HUHA dengan kawan kawan wa.
serious, wa rindu.
tapi wa tade masa sangat untuk tu semua. -sedih pulak ;(
tapi hari ni wa post jugak der.
hikhik -gedik sikit


hai,  rindu wa tak? -takape? tak rindu? kdahbai ;( haha tetiba emo. yeah, wa tahu mesti korang rindu gila gila gila kat wa. kan kan? atotototo, malu malu nak mengaku la tu. wa tahu, dah lama sangat wa tak update belog ni. gaya macam ramai sangat je yang follow blog gua ni. haha. dah berhabuk tah beghapa inci tah, bersawang sawang, mengalahkan rumah nenek wa kat kampung tu. - okay tipu.
meluat. mengantuk. menguap. memang semua ada bila singgah kat blog wa ni. ye tak? haha. wa tade masa nak update belog. ni semua gara gara busy kerja punya pasal laa. seriously, wa penat. memang tak tipu punya. haha balik rumah je tidur. lepas tu bangun tidur je dah kene pergi kerja balik. nak update belog pun wa malas. haha ape lagi nak mengadap comp lama lama, memang tak sempat. kesian tak dekat wa? please, cakap ya ;( haha


wa tinggal kan gambar untuk lu sume sebagai pengubat rindu. *cewahhh


yeahh, kenyit mata sikit ;)

eh eh eh wa jumpa  aizat der. haa, jeles tak jeles tak? ;)
di sebabkan wa upload gambar ni dekat pesbuk, habis satu kampung duk bahan bahan wa. perli perli wa.
tape, wa tahu lu semua jeles letteewww! HAHA okay, gedik! nahhaa, hidung sikit -.,-

buat muhamad fitri abdul karim, lu jangan la perli perli wa sangat. jangan sebok sebok tanya bila wa nak keluar single baru. wa hempuk lu laju laju, baru lu tahu langit tu tinggi ke rendah - hamboi, berlagak nya. haha


okay bai ;)


Monday, April 11, 2011

sayangnya dia

hampir seminggu aku perhatikan jari kaki ayah berbalut. nak tanya kat mak, tapi takut. setiap pagi semenjak jari kaki ayah berbalut, mak akan teman ayah pergi klinik. pergi klinik untuk apa aku pun tak sempat nak tanya. tiap kali mak bawak ayah pergi klinik mak akan pesan kat aku 'nabila, mak teman ayah pergi klinik kejap'.


kenapa aku tak tanya mak? sebab aku takut. aku tak prihatin ke? bukan macam tu. tapi aku tak sampai hati nak tanya mak. sebab aku risau, aku akan fikir bukan bukan. aku tak nak benda tu berlaku. aku cuba sedaya upaya untuk lari dari benda tu. tiap kali ayah nak mandi ayah akan balut kaki ayah dengan plastik. dalam hati cuma kata. 'ohh mungkin kaki ayah luka'. senang senang je aku boleh cakap macam tu sesedap mulut aku.




sabtu,9 april balik dari tempat kerja then terus gerak pergi rumah nenek. masuk je rumah, tengok ayah tengah baring dekat ruang tamu sambil tengok tv. lepas mak makan ape sume, mak terus duduk sebelah ayah sambil pegang satu botol kecik. dari jauh aku cuma tanya dalam hati ' botol kecik tu ape benda?' malas nak fikir panjang aku pun duduk depan kaki ayah yang luka tu. aku terkejut sangat. kenapa terkejut? sebab luka tu dah teruk.
tiba tiba tergerak hati nak tanya mak.

aku: mak, kaki ayah kenapa sebenarnya? nabila tengok nak dekat seminggu berbalut. 

mak: mula mula kaki ayah melecur lepas pergi buat treatment yang guna machine dekat bangi tu. kaki ayah sensitif agaknya. tu yang melecur tu. ayah ingat melecur biasa je. tapi lepas dua hari jadi bernanah pulak. ayah tabur ubat kat luka tu. bila check kat doctor, then doctor kata kulit ayah mati.tu yang bile pergi cuci luka tu, doctor korek luka ayah tu.

aku: hmm ni macam da teruk je. *aku diam

tak lama kemudian kakak aku bersuara.

kakak: tapi kenapa tak biar je kaki ayah tu dari berbalut. bukan kalau berbalut , luka lagi teruk ke?

mak: *diam dan terus sapu minyak kat kaki ayah.


ayah: *dari awal diam tanpa sepatah kata.

aku cuba untuk tengok dekat dekat. tapi aku tak mampu. serius aku tak kuat. tapi aku cuba jugak untuk tengok luka ayah tu depan depan. bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, sumpah aku rasa nak menangis. tapi aku tahan. aku dapat rasakan macam mana ayah rasa sekarang.  dah tengok luka ayah agak lama, aku terus pandang muka ayah. ayah diam je. aku perasan, tubir mata ayah berair. sedih mungkin. ayah terus suruh mak tutup lampu.


dah selesai mandi apa sume, aku terus capai hp dan taip msg.

aku: you... :(
dia: kenapa?
aku: ayah... :(
dia: kenapa dengan ayah?
aku: jari kaki ayah luka.
dia: sapu lah minyak.
aku: bukan. now luka kat kaki ayah macam teruk. dah bernanah. ayah dah lah ade diabetes. i takot :(
* air mata bertakung.
dia: lahh... macam tu.. u teman ayah okay? btw, macam mana boleh luka?
aku: mak kata mula mula melecet pastu jadi luka pulak. tadi masa i tengok jari ayah yang luka tu, i rasa nak    nanges je.
*air mata bertakung lagi.
dia: u jaga ayah okay? sapu kaki ayah ngan minyak eh? lap kaki ayah. u jaga ayah okay?
*akhirnya air mata meleleh.
aku: insyaAllah. tlg ingatkan i.
dia: okay. u teman ayah tau.
aku: okay i'll try my best.
dia: ayah dah tido ke?
aku: dah, tadi bila i tengok luka ayah tu, i perasan air mata ayah meleleh. pastu ayah terus suruh mak tutup lampu.
*air mata terus mengalir.
dia: u teman ayah k?
aku: *sambil menagis.okay. tp i takut luka ayah lagi teruk :(
dia: jangan cakap macam tu. u jaga dia baik baik. mak dah bawak ayah pergi klinik?
aku: evryday mak teman ayah pergi klinik untuk cuci luka tu.
dia: kalau u free, i ikut sekali k?
aku: ayah selalu pergi klinik pagi, tme i nak pergi keje. buat masa ni maybe i takde rezeki lagi nak ikut.
dia: takpe, nanti ade masa ikut laa.
aku: insyaAllah.
dia: u doakan ayah eh? boleh kan?
aku: *air mata terus mengalir. mesti laa. tolong doakan utk ayah jugak. boleh kan?
dia: boleh. jangan risau

malam tu aku tidur dengan air mata. hati kecil aku lagi tersentuh bila aku tengok mak lapkan badan ayah. sayu sangat sangat.


semoga ayah cepat sembuh. aminn ~

p/s: tu je untuk post kali ni. aku tak sanggup nak taip lagi. aku sedih sangat :(







Tuesday, March 22, 2011

driving school

assalamualaikum... *kenyit mata


20th march baru nih, aku pergi driving school. wahaha KECOH je. for the first time hanya pergi untuk KPP je. sampai sampai je terus pergi register then kakak sue yang comel lagi cantik, plus ayu kuasa empat *tetibe over terangkan segala rempah ratus ribu ape sume. dah buat payment ape sume then dapat buku ngan pen. buku tanak tebal la pulak. HAHA tu pun nak bagi tahu ke? -,.- nasib baik satu je. kalau dua tiga empat? camne? haa, memang aku rasa macam,macam, macam nak cakap kat kakak tu 'tak pe lah kak. tak jadi laa nak amek lesen. akak, bagi lah balik RM200 yang saya dah bayar tadi tu. tiba tiba berubah hati pulak' muahahaha GENTLE je.


after that kene pergi cheras. pakcik or abang aku pun tak tahu. okay laa, sopan sikit, uncle saiful *cewahhh, nak glamer jeww! yang hantar pergi cheras pagi tu. sampai cheras tu baru pukul 8.30 pagi. then kene register lagi sekali untuk cap jari ape bagai then baru dapat card merah. dah settle ape semua sekali uncle saiful bagi tahu yang KPP start pukul 10 habis pukul 4. memang rajin laa aku nak tunggu kan? dah la kat situ punya lah ramai orang. tapi satu rakyat jelata pun aku tak kenal. HAHA tetiba




menunggu dan terus menunggu macam tugu batu simen sume cukup sambil dengar lagu sampai lah jam tepat pukul 10. jam dah kul 10 tapi KPP tak start start lagi. dalam hati dah sumpah seranah * hoi hoi, cepat lah sikit aku dah ngatuk tahap dewa petala kesepuluh dah ni. menguap tah berapa kali dah. mak setan bapak setan sume dah suruh aku tido. HAHA. mamat yang duduk sebelah aku dah dok jeling jeling sebab aku asyik menguap tak habis habis. * eleh matt, lu cakap je lahh lu pun sama ngantuk jugak macam wa. lu jeling jeling wa, lu dapat ape matt?



jam dah pukul 10.30 baru start. encik mohd fatah , penceramah untuk KPP pagi tu. dia lah yang cerita daripada A sampai Z pasal lesen. suara dia macam giant. dia memang best, bagi ceramah pun tak bosan sebab dia banyak buat lawak. plus dia buat macam macam bunyi sampai ade satu part tu sume orang terkejut. hebat ah encik fatah tu. yang tu aku suka. daripada aku mengantuk tahap gaban terus tak ngantuk dah. dia jampi aku letteeww! HAHA dah la dia reti cakap macam macam bahasa. aku pulak yang jeles.


dah habis bagi dengar ceramah KPP pom pam pom pam, kul 4.30 baru balik. nak post tu je harini. entry aku memang bosan. maaf ler. HAHA






k bai, nbl khalid :)