Monday, February 27, 2012

Anugerah untuk saya, saya teruja.

assalamualaikum. hello bloggers

#title jangan nak teruja teruja sangat -.-

Isnin, 27 februari- saya terbaca satu notis dan senarai nama yang tertampal pada tiang di lobi akademik kolej saya. notis tersebut menyatakan bahawa kepada nama nama yang tersenarai sila hadirkan diri pada jam satu petang di surau kolej untuk sesi taklimat. Kehadiran adalah wajib.
Maka tepat jam pukul satu, saya terus menetapkan pendirian untuk ke surau. Sampai surau terus cari tempat untuk meletakkan punggung setelah dua jam menghadap lecturer marketing tanpa mengelipkan mata walau sekali. Sebab lecturer tu cantik. Haha
Setelah tamat sesi taklimat, perasaan teruja telah melebihi had laju bilamana saya telah menerima surat jemputan. Saya speechless.
Surat jemputan apa?
Majlis Anugerah DEKAN, sesi Julai 2011
- Kolej Poly-Tech Mara Bangi.
Tempat: Dewan de’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Tarikh: 1 Mac 2011
Masa: 8.00 -11.00 malam

Maka terus berlegar legar  di fikiran saya memikirkan baju apa yang saya nak pakai? Nak pakai tudung apa? Kasut apa? Bag apa? Biasalah perempuan, bab melaram melawa mana boleh tolak tepi. Kan kan kan? Haha. Sampai dalam class cost accounting pun saya tak khusyuk belajar. Ini gara gara surat jemputan. Tak guna!!
Saya tak sabar nak tunggu hari khamis. Ehem ehem