Monday, May 23, 2011

ohyeah, girls day out! hewhew

tepat pukul 8 suku sebuah kereta kaler biru memang avatar berhenti  betul betul depan rumah. yang aku terkinja kinja pergi intai kat depan rumah untuk tengok kereta siapa laa sesuka atuk dia je behenti depan rumah orang. haih nak je tegur, 'haih makcik, besarnya mandat sesedap itik je parking depan rumah orang'. HAHA cool then.
tapi tak tegur pun, buang masa aku je kau tahu tu? baik aku siap siap sebelum ibu *mak eyman cina  tercangak depan rumah.

tudung pun tak siap pakai lagi,  calit sana calit sini  setengah jam baru complete. tu belum kira kalau pakai shawl belit belit ala ala hana tajima tu. konon retisss an an an. mahu berpeluh orang yang menunggu. ntah ntah make up pun mahu luntur agaknya kalau dah berpeluh sampai macam tu. maka pakai lah tebal tebal setanding opera cina haha tetiba

tengah layan belit belit leher dengan shawl ala ala yunalis zarai kononnya, senyum senyum buat muka paling comel depan cermin, henpong atas meja vibrate. melatah.  nasib baik tak sebut ape ape yang tak patut. maklumlah, orang melatah kemain suka sebut yang bukan bukan. korang latuh? kan kan kan?
-incoming call, angkat cepat cepat.

"belle, dah siap? ibu amek depan rumah tau"

"belum, tengah pakai tudung lagi. apesal?"

"ohh tape. aku dah otw. tunggu depan rumah aww"

"gulpp, dah otw? okay okay. nanti aku tunggu depan rumah"


alhamdulillah, dah siap terus keluar tunggu depan rumah. ingatkan dorang dah sampai, rupanya belum.

ibu ~ driver terhormat untuk hari tersebut. hehe ;)

ibu sampai terus pergi pick up wany pulak. otw ke rumah wany,try call dia. tapi tak angkat. call banyak kali pun tak angkat. then decide dengan eyman keluar dari kereta untuk gegar pagar rumah dia. tapi salam tetap tak bersambut, call tetap dia tak angkat. haihh, perempuan ni dah keluar? dia tade kat rumah ke? ke tidur tak bangun lagi? tidur mati ke dia tu? takan orang dah gegar pagar rumah bagai nak roboh pun tak sedar lagi.
hmm biarkan la dia. bukan rezeki dia nak join kita arini. maka dia di tinggalkan. -muka sedih 


maka ibu meneruskan perjalanan mengahala ke ibu kota. cewahh ayat haha. nasib gerak awal, so jalan  clear, memang terboikk. destinasi pertama, jalan TAR :) tujuan utama nak cari baju kebaya ashliha *adik eyman nak jadi saloma katanya, nak beli baju kurung, nak beli shawl. sana an murah murah. haha saving sikit. saya bukan anak dato, lepastu saya bukan anak tan sri, lepastu saya bukan anak hartawan, lepastu bukan juga anak jutawan. haha tetiba. tengah rambang mata pilih baju kurung, henpong vibrate lagi -incoming call , wany hotsetap ;)

"weh, korang kat mana? dah gerak ke?"

"dah laa.now kat jalan TAR. tadi call kau bagai nak jahanam henpong aku, kau tak angkat pun. gegar pagar rumah kau pun tak de sape layan. kau tido mati ke hape hah? -marah ni "

"HAHA-ketawa. alaa aku tidur lambat la malam tadi. sorry, serius aku tak sedar time korang call and gegar pagar rumah aku tadi. mesti pagar rumah aku dah nak runtuh dah an?" -sempat lagi dia nak loye buruk

"aah, memang kau sempat loye buruk ngan aku. kang ade gak makan kasut busuk ni. hmm bukan dah nak runtuh, pagar rumah kau memang dah runtuh. kitorang yang kerjakan. caye tak caye tak? baik kau pergi tengok sekarang. dah, padan muka kene tinggal. lain kali kalau orang call angkat la gila. jangan bagi aku cakap ngan makcik kau. ni tak, asyik je lah masuk voicemail. pastu mentedarah kredit aku. cekap betul makcik kau bekerja an. cer suruh makcik kau ajar aku sikit"

"HAHA-ketawa lagi. setan kau belle. ade je la point kau nak perli aku ann. yela yela, pasni tak buat lagi. k lah bye"

tuuttt tuttt- talian dimatikan

dah puas pusing pusing, dah dapat baju kurung, tapi tak jumpa shawl yang berkenan, dah jumpa baju kebaya ashliha dan  meneruskan perjalanan ke kamdar. hewhew beli ape2 yang patut dan keluar semula untuk makan. station kopitiam menjadi sasaran untuk menternak lemak 

bersama saloma, ewahh! dah besar dah ashliha. dulu kecik je. nampak sangat aku dah lama tak jumpa dia. haha

selesai menternak lemak dekat station kopitiam, ibu yang belanja haha maka perjalanan di teruskan. destinasi seterusnya ialah SOGO. ahaha kecoh. langkah je kaki tengok ramai gila orang. maklumlah, hari minggu. keadaan di ibu kota memang begitu. SALE kemain gedabak. buat aku rambang mata untuk memilih.sedangkan mind dah set. ape yang patut aku beli harini adalah keperluan. BUKAN kehendak. so niat nak beli berhelai helai baju terbantut. walaupun masa tu memang rambang mata, tak tahu nak pilih. rasa berpinar je mata. penat la tawaf  level ladies wear tu, last last aku beli track bottom je. HAHA memang bagus.

puas tawaf satu sogo, akhirnya aktiviti menternak lemak diteruskan. haha memang tu aktiviti wajib ;)
sasaran manhanttan fish market. -ehem ehem, betul ke aku eja macam tu? sebab tempat lain semua penuh.
dapat je duduk semua diam. haha penat an, dapat letak bontot memang confirm diam laa an an. ha ha tak lawak -.,-


featurin' zakiyah and eyman ;)

eyman tercampak kat uitm dungun, zakiyah pulak kat uitm larkin. untung la korang dapat uitm. aku je tak. sobsobs :( bukan rezeki aku latuh. eyman, zakiyah good luck dekat sana nanti. i'm gonna miss you and take care. kalau balik sini jangan lupa roger2 aku. nanti boleh lepak sama sama.shopping sama sama lagi.

p.s: untuk picture yang last tu, sorry muka aku serabai gila. sila lah gelak kuat kuat -.-


tu je nak post untuk kali ni. sayang korang semua. kbai :)



No comments:

Post a Comment