Sunday, June 03, 2012

malang masih berbau rupanya.

assalamualaikum and hello bloggers :)

siapa rindu ai? angkat tangan! haha k tibaaa.

usai solat, dengan pakai telekung, terus mendarat atas katil. letihnya bagai tak tertanggung dek badan. segalanya lemah longlai. nak makan tonik apa agaknya supaya ai boleh jadi kuat seperti badang? pergh, tonik katanya. haha. ai dengar jiran belakang rumah sedang keletang-keletung di dapur. lagaknya seperti berperang dengan kuali serta senduk kesayangannya. tenenene. perut lapar tahap pening kepala mula menyerang tetapi mata tidak mampu celik lagi. mintak ampun ya perut, ai tak larat nak berganjak dari katil untuk ke meja makan. saat demi saat berlalu. ai terus terlelap.

okay, intro sememangnya lari dari tajuk. sekian lama tidak berblogging. sebab busy ke kelas ke sana dan ke mari, makanya ai tidak punya masa lapang untuk update blog. pokoknya, ai MALAS! hikhok~ otak pun tak beri kerjasama mencurahkan idea untuk menulis intro supaya tidak menyimpang sama sekali. malangnya saya gagal. maaf ya kalian semua. otak saya betul betul berkarat. mari tuang minyak pelincir. k tak lawak!

berbalik pada tajuk asal.

keadaan hari yang sangat terik membuatkan ai terasa cepat haus. cewahh, terasa konon. kalau dah memang haus, jangan nak terasa terasa sangat ya belle. krohhh~ saat ai sedang bahagia meneguk segelas air betul betul depan freezer, adik ai jerit  'nabila, tu ada orang datang'. tanpa menoleh kebelakang. hah, siapa pulak yang datang tetengah hari buta ni? 'tak tahu siapa, kau pergi lah tengok'. ehh i pulak yang kene pergi? k fine

rumah ai masa tu dah lah gelap. bila ai toleh kebelakang, serious ai tak nampak muka siapa dekat pintu masuk rumah. ai cuma perasan sesusuk tubuh wanita dan bertudung. itu sahaja. yang ai pulak rabun tapi belagak taknak pakai spect. hmm biar lah. kesah pulak ai kann -.-

selesai minum air, ai pergi jenguk siapa yang berdiri dekat pintu. *conversation bermula...

ya, cari siapa? *ai tahan dia depan pintu dan tak kan bagi dia masuk*
adik, mak ada tak?
tak ada. kenapa ya?
nak mintak bantuan sikit boleh dik? akak nak buat operation. akak ada sakit cancer *sambil buat muka kesian gila selak tudung and baju untuk tunjuk dekat ai yang dekat bahu dia  tapi bawah sikit ada kapas bertampal*
maaf lah kak. duit tak ada.
hmm. akak nak mintak air sejuk sikit boleh? akak haus
tak apa lah kak. tak apa.
*berlalu pergi dengan muka yang terlalu hampa*

u'alls nak tahu siapa wanita tu? tenenene. seorang wanita warga indonesia, ai pun tak tahu siapa dia. dengan tak ada 'assalamualaikum' terus terjah rumah ai, sedar sedar dah tercangak depan pintu. lepastu terus tanya mak ai. bila ai cakap mak ai tak ada, boleh buat muka tak malu mintak ai duit sbb nak buat operation yang dia ada sakit cancer lah apa lah. bila ai cakap ai tak ada duit, dia boleh tebalkan muka dia lagi mintak ai segelas air sejuk.

kejadah apa lah biadap sangat menumpang negara orang lepastu buat perangai? kalau haus balik lah rumah. tak kan kat rumah segelas air pun tak ada? dah tahu tak ada duit pergi lah kerja. jangan menagih simpati nak senang suruh orang lain bantu, sampai bila?  haihh, apalah nak jadi. dah tua pun tak reti nak fikir untuk hidup berdikari. ehh binatang pink betul lah! -.-

mungkin akan ada yang cakap ai kejam tak nak beri dia segelas air. bukan ai kejam. tapi di sebabkan ai pernah dengar cerita yang ada orang kene santau, kene pukau sebab beri segelas air. orang indon sangat pakat dalam mengamalkan ilmu hitam. tak kira lelaki mahupun perempuan. korang semua pun tahu kan? ai terus cakap tak apa lah. kesian tu memang ada, tapi ai memang tak akan bagi walaupun dia merayu.

bila fikir balik, macam mana dia boleh masuk rumah? sedangkan ai dah kunci pagar tu lepas sidai kain tadi. and rupanya ~adik ai bukak pagar keluar pergi buang sampah. lepastu tak kunci balik. padlock tergantung kat pagar. dan kunci masih berada di padlock! Masya Allah, careless lah budak sorang tu. memang marah tahap nak beri pelempang sakti. alhamdulillah sabar masih dalam diri.

dan bila fikir balik,cancer apa yg kat bahu? kalau thyroid mesti kat leher. kalau breast cancer? ehh tak mungkin. sebab mengikut kapas yang bertampal tu hanya terletak di tulang bahu lebih kurang dan terdapat sedikit cecair kuning seperti antiseptic yg nak cuci luka tu. dan saiz kapas tu sangat lah kecil seperti kapas yang doctor bagi kalau kita cabut gigi. tak kan sakit cancer doctor tampal kapas besar tu? memang tak logic lansung. nampak sangat dia buat sendiri. dan dia memang nak tipu ai. kannn?

syukur alhamdulillah, ai masih boleh berfikiran waras that time sebab still boleh fikir apa akan jadi kalau ai bagi dia segelas air. still boleh fikir kalau ai bagi dia masuk dalam rumah apa yang akan jadi.

syukur alhamdulillah jugak, kebetulan masa dia terjah rumah ai tu, ai tak tidur. sebab abg ai and adik ai tengah lena di buai mimpi. kalau lah that time ai pun tidur jugak, tinggal adik ai sorang je, macam mana lah kan? ya Allah, apa lah yang akan jadi. simpang empat puluh empat malaikat. mintak di jauhkan. dah lah adik ai sorang ni macam tak reti sangat nak berinteraksi dengan orang.

Ya, Allah bantu ai dan siblings ai masa parents ai takde dekat rumah. syukur ya Allah!

secara konklusinya apa yang ai nak pesan, pastikan pagar rumah anda sentiasa berkunci walaupun ketika anda berada di dalam rumah sekalipun. macam macam boleh jadi tanpa kita sedari. ingatlah semua bahawa, malang itu tidak berbau. keadaan sekarang sangat memaksa kita supaya berhati hati.

assalamualaikum, semoga ketemu dientri seterusnya :)












Monday, March 12, 2012

ini memalukan

assalamualaikum n hello bloggers.

#tadi saya pergi pasar malam.

lepas mandi, adik saya ajak pergi pasar malam. then ajak mak, terus siap siap. mak suruh saya drive. haha maklumlah, saya kan dah ade lesen. booo! semua dah siap, terus gerak pergi pasar malam.

dah sampai pasar malam, kat parking dah tak banyak kereta. sebab masa tu dah nak dekat pukul 10. alhamdulillah, lengang. tak de lah susah susah nak pergi cari parking jauh jauh. kannn? then terus pergi cari apa yang nak di beli. pusing pusing, banyak jugak kedai yang dah kemas kemas. ehem, saya beli macam macam. meriahh u olls! hahaha

dah habis beli itu ini, terus balik. otw nak pergi dekat kereta, sebok gelak ketawa tak tentu hala, terus masuk kereta. saya masuk kereta, start engine terus jalan. bila dah jalan tetiba adik saya jerit "nabila!!!!"

nak tahu sebab apa? pintu saya tak tutup. boooo! sila ketawakan saya. pintu tu terbukak makin besar serupa kapal terbang nak keluarkan sayap. HAHA. nasib baik masa tu tak ada kereta. orang lain nampak ke tak, saya pun tak tahu. tapi malu tetap menebal.

tengah drive saya terus tutup pintu cepat cepat. semua yang  ada dalam kereta masa tu, ketawakan, marah kat saya. dalam kereta, dah nak sampai rumah, saya sebok bodek mak, please jangan cerita kat ayah . nanti ayah ketawakan saya, pastu tak bagi saya drive lagi. haaa, saya tak nakkkk!

saya malu -.-