Monday, May 23, 2011

ohyeah, girls day out! hewhew

tepat pukul 8 suku sebuah kereta kaler biru memang avatar berhenti  betul betul depan rumah. yang aku terkinja kinja pergi intai kat depan rumah untuk tengok kereta siapa laa sesuka atuk dia je behenti depan rumah orang. haih nak je tegur, 'haih makcik, besarnya mandat sesedap itik je parking depan rumah orang'. HAHA cool then.
tapi tak tegur pun, buang masa aku je kau tahu tu? baik aku siap siap sebelum ibu *mak eyman cina  tercangak depan rumah.

tudung pun tak siap pakai lagi,  calit sana calit sini  setengah jam baru complete. tu belum kira kalau pakai shawl belit belit ala ala hana tajima tu. konon retisss an an an. mahu berpeluh orang yang menunggu. ntah ntah make up pun mahu luntur agaknya kalau dah berpeluh sampai macam tu. maka pakai lah tebal tebal setanding opera cina haha tetiba

tengah layan belit belit leher dengan shawl ala ala yunalis zarai kononnya, senyum senyum buat muka paling comel depan cermin, henpong atas meja vibrate. melatah.  nasib baik tak sebut ape ape yang tak patut. maklumlah, orang melatah kemain suka sebut yang bukan bukan. korang latuh? kan kan kan?
-incoming call, angkat cepat cepat.

"belle, dah siap? ibu amek depan rumah tau"

"belum, tengah pakai tudung lagi. apesal?"

"ohh tape. aku dah otw. tunggu depan rumah aww"

"gulpp, dah otw? okay okay. nanti aku tunggu depan rumah"


alhamdulillah, dah siap terus keluar tunggu depan rumah. ingatkan dorang dah sampai, rupanya belum.

ibu ~ driver terhormat untuk hari tersebut. hehe ;)

ibu sampai terus pergi pick up wany pulak. otw ke rumah wany,try call dia. tapi tak angkat. call banyak kali pun tak angkat. then decide dengan eyman keluar dari kereta untuk gegar pagar rumah dia. tapi salam tetap tak bersambut, call tetap dia tak angkat. haihh, perempuan ni dah keluar? dia tade kat rumah ke? ke tidur tak bangun lagi? tidur mati ke dia tu? takan orang dah gegar pagar rumah bagai nak roboh pun tak sedar lagi.
hmm biarkan la dia. bukan rezeki dia nak join kita arini. maka dia di tinggalkan. -muka sedih 


maka ibu meneruskan perjalanan mengahala ke ibu kota. cewahh ayat haha. nasib gerak awal, so jalan  clear, memang terboikk. destinasi pertama, jalan TAR :) tujuan utama nak cari baju kebaya ashliha *adik eyman nak jadi saloma katanya, nak beli baju kurung, nak beli shawl. sana an murah murah. haha saving sikit. saya bukan anak dato, lepastu saya bukan anak tan sri, lepastu saya bukan anak hartawan, lepastu bukan juga anak jutawan. haha tetiba. tengah rambang mata pilih baju kurung, henpong vibrate lagi -incoming call , wany hotsetap ;)

"weh, korang kat mana? dah gerak ke?"

"dah laa.now kat jalan TAR. tadi call kau bagai nak jahanam henpong aku, kau tak angkat pun. gegar pagar rumah kau pun tak de sape layan. kau tido mati ke hape hah? -marah ni "

"HAHA-ketawa. alaa aku tidur lambat la malam tadi. sorry, serius aku tak sedar time korang call and gegar pagar rumah aku tadi. mesti pagar rumah aku dah nak runtuh dah an?" -sempat lagi dia nak loye buruk

"aah, memang kau sempat loye buruk ngan aku. kang ade gak makan kasut busuk ni. hmm bukan dah nak runtuh, pagar rumah kau memang dah runtuh. kitorang yang kerjakan. caye tak caye tak? baik kau pergi tengok sekarang. dah, padan muka kene tinggal. lain kali kalau orang call angkat la gila. jangan bagi aku cakap ngan makcik kau. ni tak, asyik je lah masuk voicemail. pastu mentedarah kredit aku. cekap betul makcik kau bekerja an. cer suruh makcik kau ajar aku sikit"

"HAHA-ketawa lagi. setan kau belle. ade je la point kau nak perli aku ann. yela yela, pasni tak buat lagi. k lah bye"

tuuttt tuttt- talian dimatikan

dah puas pusing pusing, dah dapat baju kurung, tapi tak jumpa shawl yang berkenan, dah jumpa baju kebaya ashliha dan  meneruskan perjalanan ke kamdar. hewhew beli ape2 yang patut dan keluar semula untuk makan. station kopitiam menjadi sasaran untuk menternak lemak 

bersama saloma, ewahh! dah besar dah ashliha. dulu kecik je. nampak sangat aku dah lama tak jumpa dia. haha

selesai menternak lemak dekat station kopitiam, ibu yang belanja haha maka perjalanan di teruskan. destinasi seterusnya ialah SOGO. ahaha kecoh. langkah je kaki tengok ramai gila orang. maklumlah, hari minggu. keadaan di ibu kota memang begitu. SALE kemain gedabak. buat aku rambang mata untuk memilih.sedangkan mind dah set. ape yang patut aku beli harini adalah keperluan. BUKAN kehendak. so niat nak beli berhelai helai baju terbantut. walaupun masa tu memang rambang mata, tak tahu nak pilih. rasa berpinar je mata. penat la tawaf  level ladies wear tu, last last aku beli track bottom je. HAHA memang bagus.

puas tawaf satu sogo, akhirnya aktiviti menternak lemak diteruskan. haha memang tu aktiviti wajib ;)
sasaran manhanttan fish market. -ehem ehem, betul ke aku eja macam tu? sebab tempat lain semua penuh.
dapat je duduk semua diam. haha penat an, dapat letak bontot memang confirm diam laa an an. ha ha tak lawak -.,-


featurin' zakiyah and eyman ;)

eyman tercampak kat uitm dungun, zakiyah pulak kat uitm larkin. untung la korang dapat uitm. aku je tak. sobsobs :( bukan rezeki aku latuh. eyman, zakiyah good luck dekat sana nanti. i'm gonna miss you and take care. kalau balik sini jangan lupa roger2 aku. nanti boleh lepak sama sama.shopping sama sama lagi.

p.s: untuk picture yang last tu, sorry muka aku serabai gila. sila lah gelak kuat kuat -.-


tu je nak post untuk kali ni. sayang korang semua. kbai :)



Sunday, May 22, 2011

tak sabar nyaa!

balik dari kerja, mandi mandi, baru nak letak bontot untuk tengok tivi , henpong vibrate macam biasa memang hobi dia. tak perlu kata apa apa, terus tekan read message. yeahhm senyum.. tak perlu kata apa apa. haha

okay, berbalik kepada tajuk ~

love the wat u lie bergema, menandakan message recieve. tekan read untuk terjah message tu.
 'esok pukul 8. aku pick up kau kat rumah. boleh kan? btw, kau kat rumah mana? nnt esk senang nak suruh ibu amek terus'

jari terus menari atas keypad hp.
'kul 8? pheww, awal nya! now aku kat rumah desa. tape, pagi esok aku suruh mak aku hantar pergi rumah lagi satu. nnt ape2 hal roger aku'

rihanna melalak dan tak henti henti melalak. naik muak rasa macam nak campak je henpon tu ke laut.
lepastu  nanti ade orang tu tegur, 'ehem, hoi hoi tak reti nak bersyukur ke?' lepastu ade orang tu tegur lagi 'henpon pun orang yang bagi tahu tak?' lepastu lepastu alaaa, yela yela tak buang. bersyukur latuh kan kan? haha

esok nak keluar, nak pakai baju ape? nak pakai seluar ape? nak pakai shawl ape?
haihh, tak sabar nyaa nak keluar esok :) k bai

Tuesday, May 17, 2011

kring kring henpong menyanyi

suatu petang tengah sedap sedap layan nasi ayam sebagai juadah lunch hari tu -nampak sangat aku lunch lambat gila. hahaha. tiba tiba henpong bergetar. haa sape pulak yang msg? sape pulak yang call? ehem, tangan pantas je bawak keluar henpong dari poket seluar.

i n c o m i n g c a l l -'eyman cina' bukan nama sebenar. 
siapakah manusia yang bernama 'eyman cina'? tak tahu? k diam. haha

tak sempat nak buat ape ape dengan mulut yang penuh dengan nasi, terus tekan 'yes'. 'hello, ha nape?'-eksaited. bayang kan macam mana situasi bila orang bercakap then mulut penuh dengan makanan. bayangkanlah. tu lah sape suruh call aku time tengah makan. memang suara aku bunyi eksaited gila la kan. haha. maka si eyman menjawab 'weh, kat mana?. jom teman aku pergi mines beli barang. yela aku dah nak masuk uitm dah. bila lagi nak kuar dengan kau. an an an? ' -aku mampu ketawa bila dengar dia cakap macam tu.

'ehem awek, aku kat tempat kerja laa, mana boleh keluar sesuka hati. sorry tak dapat teman kau'.

'lahh kau kerja lagi ke? hoi, bawak bawak laa berhenti. pastu boleh jugak teman aku pergi beli barang barang. yela, aku dah lah tercampak dekat dungun sana tu. ingat dekat ke nak keluar jumpa kau? pastu kalau aku dah tercampak kat sana tah bila lagi aku boleh keluar lepak lepak hu ha hu ha ngan kau an?'

'haihh kau ni jangan laa cakap cenggitu. kang ade jugak yang meleleh kang. tak pasal aku tadah baldi kat sini - ketawa. alaa hari ahad ni tak boleh ke? ahad je aku free weh. pls hari ahad, pls pls' -merayu

'hmm ahad? haa cun jugak tu. tape lah ahad ni pon aku nak pergi jalan TAR. aku pergi dengan ibu, zakiyah pun ade. nak pi shopping baju kurung. maybe aku ajak wany sekali. haa jom la jom la'

'hmm pape hal nanti aku roger kau. sebab aku kene tanya mak aku dulu. btw, sepatutnya aku ade class driving. maklumla orang baru nak buat lesen. bukan macam kau, untung laa dah ade lesen pastu jadi driver makngah. haha. tengok lah dulu macam mana. kalau mak aku kasi nanti aku bagi tahu kau'

'okay okay, nanti papehal contact aku eh. hopefully ahad ni boleh. aku dah lama gila tak keluar dengan kau. k bye' -tutt tutt, talian di matikan.

ayat memang harapan tinggi macam KLCC. alaa eyman, rindu aku letteeww! an an an? haha. tape, aku akan try untuk keluar dengan kau nanti. eh eh? -muka comel + kenyit mata sikit  haha gediknya!

siapakah 'eyman cina' tu? nama sebenar aiman najwa. dia lebih selesa kalau orang sekeliling panggil dia 'awa or wawa' eh betul ke?. tapi tah kenapa, aku tak selesa panggil dia cenggitu. so aku panggil dia aiman. tapi kenapa dalam henpong save nama dia 'eyman cina'? eh eh suka hati laa. haa, korang ni sebok je taww!. haha. aku save nama dia 'eyman cina' sebab 'eyman' tu macam comel sikit dari 'aiman'. pastu kalau letak 'aiman' aku takut aku tak ingat sape 'aiman' tu. pastu muka dia macam cina. so 'eyman' yang macam comel tu gabung dengan cina sebab muka dia macam cina maka terhasil dan ter'save' lah nama tu kat contact number dia. 'eyman cina' kan macam cute ala ala kura kura gitu. haha


 ehem ehem, tak sabar nak keluar. dah lama tak keluar. dah lama tak keluar bazirkan duit. haha kbai ;)





Sunday, May 15, 2011

sekolah memandu yang dipandu

assalamualaikum.. *jawab tanda sayang. tehee ;)
kenapa title macam tu? entah aku pun tak tahu kenapa. apesal tak boleh ke nak tulis macam tu? hmm tak boleh eh? hhmm kbai haha


pagi pagi lagi dah kene bangun, sebab ade driving class. haih, perkara paling payah memang tak lain tak bukan ialah bangun tidur. okay, jujur punya.


dah siap siap ape semua, pukul lapan gerak pergi tempat kak sue. then hari tu pergi driving school abang saiful yang hantar. sesampai je dekat driving school, abang saiful suruh tunggu kejap. yang aku ni pun tunggu la macam tiang kat depan pintu office tu. bila abang saiful datang, dia suruh aku masuk office beratur then tulis nama kat dalam buku. masuk je dalam office aku nampak sorang mamat tu. tinggi, lepastu macam hensem sebab hari tu dia pakai kemeja, lepastu kurus. lepastu lepastu. lepastu aku tengok dia dari belakang je. aku sedap sedap tenung sorang awek tu, pastu mamat yang aku pandang tu tiba tiba dia toleh ke belakang. eh eh dia tu boyfriend fatin tu kan? fatin yang mana satu entah. ehem, macam kenal je. haih, aku semuanya macam kenal. huk aloh, kesah pulak aku?


dah siap tulis nama aku pun keluar dari office sebab abang saiful tu tunggu kat luar. jalan jalan kat tempat tunggu turn nak belajar bawak motor sekali abang saiful tegur 'okay nabila ni buku awak,awak tunggu sini. nanti dah sampai turn awak pakcik rashid tu akan panggil. awak reti bawak moto kan?". yang aku dengan muka cool tengok orang tunggu turn masuk litar geleng kepala sambil mulut kata ' ehem, saya tak reti bawak moto lah bang. hehe " - boleh pulak aku ketawa time tu. haha memang cool habis.

abang saiful cakap lagi ' ehh dah tu macam mana nak bawk motor ni? sebab kat sini orang dah reti bawak motor pakcik rashid tu terus suruh masuk litar. hmm tapi takpe laa, hari ni awak duduk je lah dulu kat tepi tu eh'

-ohh demm, aku datang sini sebab nak belajar la. kalau tak, ape guna aku masuk sekolah memandu. haih, sigh!

'hmm dorang memang tak ajar eh cemana nak bawak motor?' ehem, bukan tahu malu tanya soalan camtu. soalan kemain kuno. tahu tak now budak yang dobelas tahun pun dah reti bawak moto? aku umur dah nak masuk lapanbelas pun tak reti lagi. okay, malunyaaa -.,-

tengok jam baru pukul 9. hati memang tak ikhlas dengan muka memang macam taik paksa rela terus melangkahkan kaki  pergi duduk kat tempat orang ramai tu. tunggu macam tunggul sampai lah pukul 12. duduk kemain lama kat bangku besi tu, naik kematu  kebas bontot aku nih. haha teruk!

pukul 12 abang saiful datang. dah masuk kereta, dah letak bontot, tengah layan minum air horlick sekali abang saiful menghala jalan ke tempat untuk amek test undang undang. sampai2 je kat tempat test undang undang, abang saiful pun keluar dari kereta. katanya nak pergi tengok budak2 tu dah siap test ke belum. aku pun tunggu je laa dalam kereta. tunggu punya tunggu sampai tertidur dalam kereta. sedar sedar je jam dah nak dekat pukul dua. haih, lama jugak aku tidur dengan perut lapar mintak makanan tu yang terjaga tu haha. biadap punya perut, tak hormat tuan lansung.

bukak pintu terus pergi mcd. haha untungla mcd dekat setakat limabelas ke doplohlima langkah je. kira tu, cehh tak tahan je haha. tolong jangan percaya. aku bukan kira pun. masuk mcd terus serbu toilet. faham2 laa kalau jantina tu dah perempuan tak sah kalau pergi singgah mana mana then tak masuk toilet. eh eh lelaki pun ape kurangnya. haha. lagi lagi kalau dah masuk tempat lagi lagi yang nama shopping mall. haha an an an? mesti masuk even sekali pun. haha ye dak? baik angguk cepat!

keluar toilet, muka segar je. sebab baru basuh muka. hahaha baratur beli sundae chocolate. huu, terboikk!
dah dapat sundae muka seyum macam kerang busuk. haha bia la an an? konon comel la? uhh puh-leasee! jam dah pukul tiga baru lah budak undang undang habis. sampai rumah dah pukul tiga setengah. penat.




p/s: terima kasih buat aku tunggu macam tiang, duduk atas bangku besi sampai kematu , kebas bontot. haha


kbai ;)

Tuesday, May 10, 2011

TAHNIAH, NAMA ANDA TERSENARAI ! (part two)

wa dah isi tangki perut wa,memang full tank punya huu tak senonoh tepat tepat pukul 2.30 petang. menunggu dan terus menunggu detik jam 3 petang.

wa sedap sedap bergossip, tengok jam da pukul tigalimabelas petang. hati wa kata,eh mana abang uitm ni, kata nak call pukul tiga? tak pasal pasal dapat nama abg uitm haha. tapi takpe, demi abang tu wa tunggu jugak. cewaahhh! dengan paksa rela wa tunggu dan terus menunggu. hati wa kata lagi, eh eh mana abang uitm nih, nak call ke tak nak. grr! jam dah menghampiri empatpetang dah ni. kata nak call pukul tiga. hailaa, mana abang uitm ni? mana? mana? manaaaaaaaaaaaaaaaa? -.,-


wa tengok jam dah pukul 4limabelas petang. opis hour dah nak habis dah ni. tapi incoming call tak coming coming lagi ni. mana abang uitm ni? pukul berapa dia nak call aku balik ni? hmm tangan daripada tadi memang pegang phone je ni. aihh, ni ni ni... bila ni nak habis? esok habis aa  haha


tetiba hati wa suruh tekan 'call' kat no abang uitm tu. angkat laa! angkat laa! abang uitm, angkat laa! pls pls!
;( huhh, gadis yang angkat laa! haa, gadis? nape gadis pulak yang angkat? nak kasi notis duapuluhempatjam pergi mati sebab wa call bf dia ke? hmm ape yang gadis tu kata? ape yang gadis tu nak pesan? ape yang gadis tu nak cakap sebenarnya? ape? serious, penuh dengan tanda tanya. sekali wa dengar gadis tu cakap cmni,

"baki akaun anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan. sila tambah nilai untuk membuat panggilan seterusnya. terima kasih"

haih, wa memang suka dengar gadis tu cakap macam tu kat wa. memang suka gileww! haha nampak benor nipunye~ PADAHAL, dalam hati dah sumpah seranah - sial, tak guna punya cikaro. time time macam ni jugak laa kau nak angkat grr! haha kan aku dah mencarut.


hmm tape laa esok je laa topup then baru call abang uitm tu. duit memang dah tahap nyawa nyawa babi dah ni. haha yela, masa tu gaji mana kuar lagi wehh. tolong la faham sikit eh! eh eh tetiba emo pulokkss. haha 


* * * * *


ontheway nak pergi kerja wa terus beli topup. sebab awal awal mak wa dah pesan dekat wa ingtakan wa remind wa suruh call abang uitm tu balik.dah topup, sampai je 'office' wa terus call abang uitm tu. tapi dia tak angkat pun. hmm sampai lah ke petang wa memang sedaya upaya cuba try test call dia tak angkat jugak. sebab setiap kali wa tekan butang 'call' mesti kat skrin hp wa keluar cmni,

 'USER BUSY' -tuttt tuuttt, talian diputuskan

hmm - tak pe laa. takde rezeki kot nak join seminar tu. sobsobs ;( tudiaa, sesi air mata dah nak mulaa dahh. apa tunggu lagi pi lah beli sekotak dua tisu. haha


wa sampai je rumah setelah seharian bekerja, tak sempat nak letak pape, mak wa dah terjah dulu dengan soalan bertubi tubi. haihh, tahu tak wa penat? cer kasi  wa letak bontot ni dulu. cer bagi wa minum segelas air kiwi yang gelas berpeluh peluh tu. segelas je, bukan satu jag pun. haha kan sesi terjah terjah gossip gossip boleh berjalan lancar. ye tak? haha mak wa tanya bukan setakat satu dua soalan tapi seribu seratus empat belas soalan. kemain banyak. wa pun jawab laa segala soalan yang mak wa tanya memang gaya dah macam wartawan dengan artis dalam melodi dah. aww, kelasss gitu!! haha 


mak wa dah soal wa macam macam, sekali mak wa selamber katak je cakap kat wa cmni, ' alahh pergi je seminar tu esok, kat putrajaya presint 16 je kan?' . haha kemain cool lagi soalan yang mak wa kasi tu. haih, mak oh makk. 'mana boleh pergi melulu macam tu je. semalam abang tu call orang sebab nak confirmkan tempat untuk orang pergi seminar tu dengan siapa ape semua. but sekarang ni, abang tu tak call orang balik, orang call abang tu tapi abang tu tak angkat pun. so conclusion nya orang tak payah lah pergi seminar tu. sebab kalau pergi pun bukan ade tempat. bukan rezeki orang lah tu'. -siap conclusion bagai, macam jawab soalan science dah. haha. mak wa mampu diam je bila dengar wa cakap macam tu.



phewwwitt, gaji dah keluar. boleh beli kasut, baju, seluar! HAHA



p/s: dah lama tak pakai kasut tu. rindu! hmm mana tak nya setiap kali wa pakai mesti nak gigit gigit kaki wa sampai melecet. masa baru beli puas wa gigit dia supaya kaki wa tak melecet bila pakai nanti, tapi dia tetap nak gigit wa kaki wa jugak. last last wa beli kasut lain, terus wa bia dia dekat dalam almari. -biadap punya tuan, tak hargai lansung jasa aku sebagai kasut.  HAHA. kesah pulak aku? -.-


kbai ;)

Thursday, May 05, 2011

TAHNIAH, NAMA ANDA TERSENARAI! (part one)

hello bloggers! ;)

hari ni wa nak cerita sikit pasal semalam. semalam wa tak sempat nak post. wa tak larat gila. penat.

semalam tah macam mana encik selesema *betul ke aku eja cmni? haha dan encik sakit tekak tetiba nak bercinta dengan wa. pagi pagi tekak wa dah rasa lain macam. perit kemain. hidung tersumbat. selekeh. suara memang sengau. tak tahu nak cakap macam mana perit kalau selesema dan sakit menerjah hari hari wa. memang wa rimas. serious, tiap masa kene ade tisu. wa bukan minah tisu.

pagi semalam, sesampai je wa dekat 'office' wa tu, wa di arahkan untuk pergi maybank. memang routine wa pun hari hari pergi maybank. kalau satu hari wa tak pergi bank, esok tu wa datang mesti dan memang confirm staff kat maybank yang selalu serve wa tu akan tanya " eh dik, semalam nape tak datang? cuti eh?". maka wa pun jawab, "eh tak lah. mana ade cuti. semalam sistem kat 'office' tu problem. so kalau nak bank in duit pun, tak berapa nak boleh" - senyum

berbalik kepada tajuk asal. otw wa nak pergi maybank, memang wa akan sumbat handsfree dalam telinga. tengah sedap sedap dengar lagu 'love the way you lie' , tisu kat tangan, hingus asyik nak meleleh macam anak kecil tetiba lagu bertukar ke tajuk lain. wa pun men'slow'kan langkah sebab rasa pelik. wa wusya hp. incoming call, 06-6******. no yang memang tidak dikenali. wa tengok skrin hp. wa tatap hp buruk wa tu, hati wa tergerak untuk tekan 'yes' , lalu berkata "hello?" - konon konon cool, tapi tak sedar diri suara sengau macam orang putus urat hidung. haha.

wa dengar suara jejaka. -huh, cair.

jejaka tu kata "hello, ni nabila ke?" -sekali wa diam.

kenapa wa diam? sebab wa dengar suara lelaki der. macam tak pernah dengar suara lelaki je. haha.
dalam hati wa kata, -aduh sape pulaklah yang call aku guna no rumah ni? suara memang wa tak pernah dengar. lagi wa pelik. macam mana lah pulak dia boleh tahu nama wa ni? -kaget. wa bukan kenal dia pun. bukan kenal dan memang tak kenal pun.

lelaki tu terus bersuara 'dik, dengar tak?. dik, kenapa diam?'

'ye, ye, saya dengar ape abang cakap. mana ade diam, tape tipu sunat. tadi saya lintas jalan'

'ohh lintas jalan pun kene diam eh?'

-biadap! loyar buruk pulak lelaki ni. wa diam tak tahu nak kata ape.

'abang nak bagi tahu adik. nama adik terpilih dan layak untuk seminar uitm dekat putrajaya hari sabtu ni 7 may. so abang call adik ni nak minta  result SPM adik untuk subjek bm,english, maths dan lima kredit untuk subjek yang lain"

'ha? untuk ape? saya tak ingat lah result SPM saya untuk result yang abang tanya tu. -teruk tahap petala kelapan, result sendiri pun tak ingat. abang call semula malam sikit ke, boleh tak? saya kat luar ni. tak pun tinggalkan la num phone abang. nanti saya msg ape yang abang nak tu'. -suke hati aku je cakap macam konon aku dah kenal dia nak suruh call malam sikit laa ape laa.

'tapi kalau boleh abang nak confirmkan hari ni. sebab nak reservekan tempat adik, adik datang dengan siapa, dokumen yang adik perlu bawak ape semua. so macam mana? '

'hmm jap jap. seminar ape abang cakap tadi? sorry,saya tak berapa dengar laa'

'seminar under uitm. nama adik tersenarai dan layak untuk seminar ni '

'ohh yeke. tapi kenapa dia tak hantar surat kat rumah je?

'tak tak, memang kene call pun. sebab tu abang call adik tanya semua'

'aduhh, cemana ni memang saya tak ingat la bang' -suara konon konon merayu. haha aku yang geli.

'sebab tadi abang ade call satu no rumah sekali opah adik yang angkat. then opah suruh call no hp mak. abang pun call lah no mak adik. bila dah call no mak adik, mak adik kasi no adik pulak kat abang. so abang call lah adik. so sekarang macam mana?' -memang habis satu family abang tu call. kenape tak call bapak, kakak abang adik makcik pakcik saya sekali tanya result SPM? haha

'hmm cmni laa. kalau abang call saya petang sikit agak agak boleh tak?

'kalau petang tu dalam pukul berapa ye?

'hmm dalam pukul tiga lebih kurang macam tu laa. boleh tak?

'ohh, pukul tiga eh? okay lah macam tu, assalamualaikum'

'waalaikumsalam' -talian dimatikan

                                                                 bersambung..

Tuesday, May 03, 2011

form six?

pagi pagi buta dah mengadap pesbuk.
tiba tiba tangan gatal sangat nak check form six.

dah search website , masukkan nomborkadpengenalan, tekan SEMAK
tiba tiba... -dup dap dup dap
tettttt teettttt keluar macam ni.




                                                                                       

                                                                  T A H N I A H!!



Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran




No. Kad Pengenalan:: 93062910****

Anka Giliran:: BH065A125

Nama:: NABILA BINTI ABDUL KHALID

Sekolah Asal:: BEA8627- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH

Jurusan:: KEMANUSIAN

Sekolah Ditawarkan:: BEA8606- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG

Tarikh Mendaftar:: 9 MEI 2011


lu tengok, T A H N I A H dia siap warna warni lagi teww. haha kenapa warna warni eh? kalau dah warna warni macam tu maksud dia ape tu? haha nak tarik wa masuk form six jugak ke? hailaa, rasa macam berat sangat je nak masuk form six tu. berat ke? kenapa berat? wa pun tak tahu. dah jangan gatai gatai nak tanyaa.


bila wa dah tahu dapat form six, mulut pergi gatal gatal bagi tahu dekat 'abang bassist' tu. sekali dia jawab macam ni,

"tak payah laa masuk form six. daripada masuk form six baik terus buat dip. je"

kenapa eh dia cakap macam tu? form six tu susah ke? haih, mana laa wa tahu.
tapi kan kan, kalau susah kenapa ade orang boleh je dapat 4 flat? 
hmmm ... -buntu. tak tahu nak masuk mana.


nak masuk ke tak? nak ke tak nak? tak nak ke nak?


"dengan ini dimaklumkan bahawa wa pun tak tahu lagi nak masuk form six atau tidak"

okay, dah cukup! -.,- haha
ape yang patut wa buat sekarang tunggu sampai result upu keluar.

so, kita tunggu! kbai ;)







Monday, May 02, 2011

akhirnyaaa

assalamualaikum...

hey bloggers!
and hello may! ;)

setelah sekian lama menyepi tanpa new entry,
sekian lama aku hilang, -lama ke?
 bukan ape. tapi wa busy dengan kerja.
busy gaya macam kerja pangkat besar sangat je wa nih. HAHA 
padahal, pangkat pun tade.
tapi busy bukan main lagi.
weh weh, lu tolong lah paham sikit.
wa kerja der. mana ade masa nak update belog.
tetiba emo pulak.
okay dah dah, lu wat lekk je.



dah lama tak bw, dah lama tak post entry. dah lama, dah lama dah lama sangat.
wa rindu nak update belog wa.
wa rindu nak main game kat pesbuk.
wa rindu nak keluar lepak lepak, nak HUHA HUHA dengan kawan kawan wa.
serious, wa rindu.
tapi wa tade masa sangat untuk tu semua. -sedih pulak ;(
tapi hari ni wa post jugak der.
hikhik -gedik sikit


hai,  rindu wa tak? -takape? tak rindu? kdahbai ;( haha tetiba emo. yeah, wa tahu mesti korang rindu gila gila gila kat wa. kan kan? atotototo, malu malu nak mengaku la tu. wa tahu, dah lama sangat wa tak update belog ni. gaya macam ramai sangat je yang follow blog gua ni. haha. dah berhabuk tah beghapa inci tah, bersawang sawang, mengalahkan rumah nenek wa kat kampung tu. - okay tipu.
meluat. mengantuk. menguap. memang semua ada bila singgah kat blog wa ni. ye tak? haha. wa tade masa nak update belog. ni semua gara gara busy kerja punya pasal laa. seriously, wa penat. memang tak tipu punya. haha balik rumah je tidur. lepas tu bangun tidur je dah kene pergi kerja balik. nak update belog pun wa malas. haha ape lagi nak mengadap comp lama lama, memang tak sempat. kesian tak dekat wa? please, cakap ya ;( haha


wa tinggal kan gambar untuk lu sume sebagai pengubat rindu. *cewahhh


yeahh, kenyit mata sikit ;)

eh eh eh wa jumpa  aizat der. haa, jeles tak jeles tak? ;)
di sebabkan wa upload gambar ni dekat pesbuk, habis satu kampung duk bahan bahan wa. perli perli wa.
tape, wa tahu lu semua jeles letteewww! HAHA okay, gedik! nahhaa, hidung sikit -.,-

buat muhamad fitri abdul karim, lu jangan la perli perli wa sangat. jangan sebok sebok tanya bila wa nak keluar single baru. wa hempuk lu laju laju, baru lu tahu langit tu tinggi ke rendah - hamboi, berlagak nya. haha


okay bai ;)