Monday, March 12, 2012

ini memalukan

assalamualaikum n hello bloggers.

#tadi saya pergi pasar malam.

lepas mandi, adik saya ajak pergi pasar malam. then ajak mak, terus siap siap. mak suruh saya drive. haha maklumlah, saya kan dah ade lesen. booo! semua dah siap, terus gerak pergi pasar malam.

dah sampai pasar malam, kat parking dah tak banyak kereta. sebab masa tu dah nak dekat pukul 10. alhamdulillah, lengang. tak de lah susah susah nak pergi cari parking jauh jauh. kannn? then terus pergi cari apa yang nak di beli. pusing pusing, banyak jugak kedai yang dah kemas kemas. ehem, saya beli macam macam. meriahh u olls! hahaha

dah habis beli itu ini, terus balik. otw nak pergi dekat kereta, sebok gelak ketawa tak tentu hala, terus masuk kereta. saya masuk kereta, start engine terus jalan. bila dah jalan tetiba adik saya jerit "nabila!!!!"

nak tahu sebab apa? pintu saya tak tutup. boooo! sila ketawakan saya. pintu tu terbukak makin besar serupa kapal terbang nak keluarkan sayap. HAHA. nasib baik masa tu tak ada kereta. orang lain nampak ke tak, saya pun tak tahu. tapi malu tetap menebal.

tengah drive saya terus tutup pintu cepat cepat. semua yang  ada dalam kereta masa tu, ketawakan, marah kat saya. dalam kereta, dah nak sampai rumah, saya sebok bodek mak, please jangan cerita kat ayah . nanti ayah ketawakan saya, pastu tak bagi saya drive lagi. haaa, saya tak nakkkk!

saya malu -.-

Sunday, March 11, 2012

pelajar itu kerja saya

assalamualaikum dan hello bloggers..

zaman sekarang orang lagi banyak cari duit dari cari ilmu. eh betul ke? tak percaya? ehh macam tiba je ni. haha

sejak masuk sem dua ni saya selalu tidur lambat, maka bangun pun lambat lah kan. kelam kabut nak siap pergi class sampai cuci muka pun dengan ubat gigi. ya, memang ini makan dia kalau set alarm, bila dah berbunyi pastu off.

naik sem dua assingment makin hari makin menimbun. kesian saya. asal weekend je kene mengadap assignment. asal mengadap assingment mesti weekend. sekiranya tidak mengadap assingment maka reputasi carrymarks saya akan tercalar. ya Allah, jauhkan saya dari perkara sebegitu.

yaaa, im HOME :) saya cuti seminggu. tapi macam tak cuti. assingment nasib ade satu je. kalau dua tiga empat lima? hmm tolong jawab.

p/s: lecturer, tolong lah ajar sampai saya faham. jangan lah terangkan apa yang di ajar macam najis ayam. saya bayar yuran mahal mahal tak kan ini yang saya dapat? suruh saya selak buku pergi muka surat itu ini lepastu suruh saya baca sendiri lepastu bila saya salah buat, pastu marah saya. kesian saya. saya ni dah lah bebal. HAHA. kalau saya tak faham sepatah haram macam mana saya nak kekalkan pointer saya? kalau pointer saya jatuh nanti mentor saya bagi pelempang sakti cemana?




Friday, March 02, 2012

saya di raikan

assalamualaikum and hello.

khamis yang dinantikan dah datang, haa seronok sangggattt! ya tuhan, gedik nya -.- haha tiba. dengan berbekalkan sepasang baju kurung, sehelai pashmina dan sepasang flat shoes, saya telah mengahadirkan diri ke, tenenenene

 Majlis Anugerah Dekan- Kolej Poly-Tech Mara Bangi.

#entri ni hanya di penuhi dengan gambar. haa tataplah sepuas puasnya, nescaya anda akan termelanda simptom tak lalu nak makan. haha. suruh orang tatap sampai tak lalu nak makan. ingat muka lawa sangat macam Lisa Surihani pulak nak suruh tatap tatap gambar awak tu belle oi. ahh, lantak lah ape pun nak jadi, jadi lah, saya redha. dah kenapa pulak nih?

*drum roll*

mereka di hotel saya. jangan nak hotel hotel sangat. hahaha
me and ena (classmate)
me and yana (classmate)
sampai sampai, kene daftar diri. dah daftar diri masing masing sebok bergambar. ehem, termasuklah saya . HAHA
saya comel tak? k perasan
me. sopan nya saya. elelelele
me n liyana shahren. dia clssmate saya. saya terpaksa duduk, klu tak nnt dia tenggelam.  HAHA
me and clssmate :)
me n kak seha (part 4). dia toiletmates saya ^.^
me n ena
again. kan saya dah kata, klu saya berdiri confirm dia tenggelam. HAHA
saya pelajar KPTM :)
ni nak menunjuk ke apa ni?

ayu je bila pakai baju kurung, ada yang teringin nak buat jadi calon menantu tak? HAHA
# maaf gambar tak berapa nak jelas. saya bukan pengguna DSLR :)

alhamdulillah, semua berjalan lancar. apa yang saya dapat? sehelai sijil dah sebatang pen. tu je? trophy tak ada? aah tu je. nampak sangat tak bersyukur. haha. bak kata mabs, okay lah tu dari tak dapat pape lansung. kan kan?

mohon doa dari kalin semua, semoga sem ni saya rajin belajar, kuat semangat, semoga diraikan lagi. insyaAllah.

thanks for reading people. assalamualaikum. much love, belle :)