Thursday, December 29, 2011

for the first time.

assalamualaikum, HELLO READERS :)
(ini cerita minggu lepas punya lepas, ahh awal dec ah senang cerita)


bangun dari tidur je tengok hayqal dah pakai hensem hensem. kenapa? sebab dia kata saya janji dengan dia nak bawak dia tengok wayang.

tengok jam pukul 9 am. and i was like ape ni qal? sekarang pukul bape ni qal kau nak pergi tengok wayang? bila pulak saya janji dengan dia nih? haha bila saya cakap macam tu muka dia terus berubah. macam nak nangis pastu macam nak lempar semua benda. ahhh jahanam lah kalau perangai lempar lempar dia tu dah menguasai diri. parah ah canih. karang dengan saya, saya sekali jahanam.


terus pergi buat segala yang namanya kerja rumah. maklumlah sejak cuti sem ni saya bergelar bibik berkelas entah berapa bintang. hmmm gasak lah bibik ke ape ke janji saya tak kacau laki orang. haha. setiap benda yang saya buat, maka akan kedengaran ayat sebegini. 'weh, cepat lah. dah pukul berapa ni. tu lah bangun lambat lagi'

makin galak saya dengar ayat tu keluar dari mulut dia, makin saya rasa macam aduhh budak ni. sabar boleh tak? budak kecik ni kan memang laa. selagi tak dilayan apa yang dia nak, selagi tak ada apa yang dia mintak tu depan mata selagi tu lah dia akan ungkit, ungkit dan terus ungkit sampai dapat. hadoi, payah betul.


baru adik dah merungut macam ni. kalau dah ade anak nanti macam mana pulak? hmmm kalau ada anak nanti lain pulak. kahkahkah alasannnn -.-


dah settle semua kerja, terus bersiap apa semua sebab nak bawak budak kecik tu tengok wayang. sampai je tgv mines, *mines je la, buat apa bawak dia tengok wayang jauh jauh HAHA*  hayqal ckp nak tengok happy feet. saya pun mencari cari lah kelibat happy feet kat screen. yang ade pukul 7 pm. dalam hati cakap, macam mana lah aku nak pujuk budak ni. dah lah saya failed kalau tang pujuk dia nih. ayat mesti manis macam satu kontena gula. sila bayangkan macam mana nak bina ayat tu. HAHA


lastly aku pujuk dia tengok cerita ni je.
tenenene....



best ke cerita nih? hmm boleh laa. cerita budak budak kan, so layan je laa. first time tengok wayang dengan budak kecik ni. dah lah memang pergi berdua dengan dia je. ehemmm, sweet tak sweet tak? kahkahkah.


ps: maaf saya betul betul tengah bosan, maka saya habiskan masa untuk menaip entri basi nih. HAHA

thanks for reading people. kbai :)



No comments:

Post a Comment