Friday, January 20, 2012

pulang memulangkan kepulangan dipulangkan

#maaf title saya serabut tanpa pendirian.

Assalamualaikum semua. Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa. Kirim kirim lah berita. ehh dah kenapa tetiba keluar lirik lagu ni? Ok lantak.

Ada sesiapa yang rindu nak baca entri saya? Ada tak? Siapa? Siapa? Sila angkat tangan. HAHA. Hmm jangan nak perasan sangat belle oi. Ingat kau ramai sangat follower? puihh

Setibanya saya di rumah pada jam lapan malam, kepulangan saya tidak di sambut dengan apa apa parti. Ehem sedih. Sampai rumah, tak mandi tak makan terus online. Huhh, bagus.

Sampai satu ketika, kedengaran emak bersuara di ruang tamu.

Mak: nabila, pergi beli nasi goreng jap. Boleh?
Me: nasi gerong apa? Kat mana? Naik apa?
Mak: nasi goreng apa2 lah yang best tiga bungkus. Beli lah kat kedai yang kau selalu pergi tu. Naik lah motor. Kereta tak ada.
Me: okay, nasi goreng apa2. hahaha. hmm duit mana? Kunci motor mana?
Mak: kunci kat atas meja pc tu, pastu kang kau pergi isi minyak motor tu dulu. Minyak dah nak kering.
Me: haa, okay okay.

Dalam perjalanan nak pergi isi minyak, keluar je simpang tetiba jalan sesak. Aduh dah kenapa malam malam macam ni pun sesak?  Maka saya meneruskan juga perjalanan sambil mencelah celah dalam kesesakan tu gara gara nak cepat sampai ke petronas.
Sedang seronok mencelah celah dengan kelajuan dah macam manusia tak tahan nak berak cari toilet, sekali ade roadblock. Polis tahan saya suruh ke tepi. menggeletar tangan saya masa tu. Saat getir ape lah pulak ni.
(berhenti kat tepi)

Polis: dik, tengok lesen dengan IC.
Me: *dengan tangan menggeletar tak boleh cover, keluarkan IC dan lesen dari wallet*
Polis: roadtax mana dik?
Me: apa? Roadtax? Jap ehh. *Buat buat cari kat sit motor. Padahal dah tahu roadtax kat abang*.
Polis: ada tak?
Me: hmm, tak ada lah
Polis: *muka paling ketat* macam mana roadtax boleh tak ada pulak ni? Ni motor siapa?
Me: hmm ni motor abang. *muka pucat*
Polis: motor abang? Nama abang siapa?
Me: aah motor abang. Nama abang ameer haqeem bin Abdul khalid.
Polis: *sambil cakap kat walkie talkie nak trace dalam sistem dekat balai polis nak tahu roadtax expired bila , pakai motor apa, alamat rumah apa n bla bla* betul ke tu abang awak? Alamat rumah betul?
Me: haa betul lah tu. *angguk angguk*
Polis: tapi salah jugak ni dik. Lesen adik L. kat motor tu tampal P *muka ketat sambil melangkah pergi kat table nak keluarkan saman*
(aduh seboleh bolehnya polis tu cari keslahan saya. takan polis tu nak saman saya kot)
Me:. Memang lah saya punya lesen L. P yang tampal tu bukan motor saya. Kan saya dah cakap tu motor abang. Tolong lah abang, saya nak pergi isi minyak je ni. *muka sedih*
Polis: *muka tak bersalah sengih sengih* hmm tak ada pape lah dik. Okay adik boleh jalan.

Damnnn!polis tu game saya. Saya ni macam kene halilintar bila polis tu tahan saya minta IC roadtax dan lesen. dah menggelatar satu badan keluarkan IC dan lesen dari wallet  macam nak tercabut nyawa. polis tu boleh game saya. tahi kambing punya polis -.-

bila saya sampai rumah, saya terus cerita dekat mak, kakak dan adik saya. Apa yang saya dapat adalah ketawa mereka yang berdekah dekah seakan akan dirasuk hantu kak limah. Entah mana datang kak limah, saya pun tak tahu. 

Saturday, January 07, 2012

mungkin takdir saya

semalam, selesai hari pendaftaran untuk semester kedua dekat kolej. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. apa yang saya harap dari rumah, bila saya jumpa classmate sem lepas, saya nak peluk peluk mereka semua. ya, saya rinduuu. tapi malang. apa yang saya harap masa kat rumah, apa yang saya nak buat bila sampai kolej semuanya tak menjadi. musnah. harapkan pagar, pagar pakai coli.


tak dapat peluk. tak mengapa. tapi saya dapat salam dengan mereka. masa tu saya rasa pilu sangat. kenapa mereka macam dah lain? kenapa? cakap pun macam nak tak nak. apa lagi pandang. macam terpaksa je. sangat hina nabila binti abdul khalid. saya tak tahu apa salah saya. segalanya secara mendadak, terlalu drastik.


masa pendaftaran, saya tak fikir kenapa mereka berubah. sebab saya rasa saya orang yang paling busy. *macam saya sorang je* puii. pergi ke sana ke mari. tergesa gesa. macam main explorace. kene pergi satu satu kaunter. total semua sepuluh. beratur macam nak beli tiket wayang dekat mid valley je rasanya. panjang, ya ampunnn. jangan cakap. HAHA. dengan kene kompaun 30hengget. boleh buat belanja untuk 3/4 hari punya. ujian, ujian. tapi saya datang awal, so saya siap awal :)


dah selesai pendaftaran, saya pergi hostel. saya dapat bilik 1st floor. okay tu rezeki saya. saya tak payah nak duduk floor atas langit macam sem lepas. tiap hari lah saya turun tangga. naik tangga. tapi tak kurus kurus jugak. punah harapan saya nak kurus -.- kalau sem ni dah duduk 1st floor masih ada harapan untuk saya kurus? tolong doakan.


bila saya dah dapat kunci bilik, terus bawak masuk semua barang barulah saya  tatap setiap inci ceruk bilik. ya Tuhannnn. banyak nya rambut. portion macam satu kepala gugur. sila bayangkan. makanya saya mencari kelibat penyapu kalau kalau ada. selamat, masih ada. tapi keadaan nya hidup segan mati memang tak mahu. tolong lah faham. terbongkok bongkok lah saya menyapu rambut gugur yang melimpahi ruang bilik tu. masuk toilet, lampu rosak. bau lipas menusuk kalbu. boleh buat saya mati. bilik saya hujung dunia. dengan betul betul  mengahadap hostel lelaki. kenapa lah kptm bagi saya bilik macam ni? ehem, saya redha


dah petang tergerak hati nak mandi, tapi teringatkan keadaan toilet macam tu terus pergi ziarah bilik clssmate yang lain. niat sebenar nak tumpang mandi. bukan nak ziarah sangat pun. haha. dah mandi apa semua terus bagi tahu yang malam ni nak tumpang tidur kat bilik dia. dia pun okay, alhamdulillah ada jugak orang yang terima kehadiran saya dalam keadaan sebegini. terima kasih. maaflah saya terpaksa merempat. kesian saya.


pagi tadi saya balik bilik nak ambil baju nak mandi. bila saya masuk bilik saya tengok satu katil dah kosong. mana pergi comfoter, bantal dia? meja dah kosong. mana pergi bakul bawah meja? bila saya buka almari, dah kosong. mana dia pergi? dia dah tukar bilik. sampai hati. dia pindah bilik dia tak bagi tahu saya pun. kenapa dia tak bagi tahu saya? kenapa dia buat saya macam ni? apa salah saya? sem lepas, dia cakap dekat saya yang dia nak sama bilik dengan saya lagi. tapi apa yang dia cakap tak sama pun macam apa yang dia buat. saya pelik. pelik sangat.


mungkin Allah dah tentukan semuanya  untuk saya. saya betul betul rasa sedih. orang yang selalu dengan saya sem lepas buat saya macam ni. tapi saya tak mampu nak menangis atau buat apa apa. maka saya hanya berdiam diri.  apa orang nak kata pasal saya, tu hak mereka. saya tak mampu nak tutup mulut semua orang. semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah dan memberkati hidup mereka. Allah nak uji kekuatan saya. saya berusaha untuk terus tabah dengan hari hari yang akan datang. saya terus berdoa.


ya, memang saya tak mampu nak jaga hati semua orang. semoga Allah sentiasa memberi kekuatan buat saya. semoga saya tak melatah dengan apa yang sedang berlaku ke atas saya kelak. disebabkan perkara macam ni saya tak boleh belajar. saya tak boleh nak buat apa apa. saya murung. saya rasa nak terjun hostel. saya nak minum clorox. saya nak kelar tangan saya. sebab nila setitik rosak susu sebelangan. no no no, saya tak nak macam tu. sejujurnya saya dah penat jaga hati dan perasaan orang lain. perasaan saya siapa yang jaga? hmm tak tahu.


sebelum apa apa yang lebih buruk berlaku, saya pinta kemaafan kepada semua yang mengenali saya dengan ape jua cara sekali pun. segala kekasaran saya. kelakuan yang tidak di senangi. segala bahasa dan kata yang tidak di sedap di dengari. pokonya semua, hanya maaf yang saya pinta. harapnya tiada kebencian buat saya walau sebesar zarah sekalipun.


Allah dah takdirkan apa yang terbaik untuk saya. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi kat saya sekarang. while im update this entri, air mata saya berlinang. *lap air mata* saya speechless. sabar nabila. saya kuat, saya tabah. All is well.

assalamualaikum :)

Friday, January 06, 2012

sebelum saya pergi

aduhhh tajuk dah macam nak pergi tak kembali kembali je. HAHA

momen akhir bersama alam maya ini. dah tiba masa untuk saya berangkat pulang ke alam kolej dan meninggalkan tanah jajahan kedaung. serdang ya, bukan scotland.  segala keperluan perlu di sediakan. payah nya nak pergi belajar. *hah, merungut, merungut* sebenarnya saya malas.


semoga jam akan lebih pantas berputar. ya, saya berdoa. supaya saya cepat habis diploma.. cepat habis degree. cepat dapat kerja seperti apa yang saya usahakan. cepat dapat beli kereta. pokoknya supaya saya dapat kawen dengan mabs. ya Tuhan, gatalnya. kahkahkah.


dengan penuh harapan, agar kalian terus meyokong saya dari belakang.


akhir kata, saya nabila binti abdul khalid pelajar AA101 part two kolej poly-tech mara bangi . dah kenapa taip panjang panjang macam ni? okay, boleh jalan. berharap semoga saya selamat sampai ke bumi bangi. semoga saya selamat menuntut ilmu. semoga menjadi pelajar yang mampu membaggakan keluarga. semoga jodoh mabs dengan saya panjang panjang. haha tetiba. semoga saya terus tabah mengharungi hari hari yang mendatang. semoga saya dapat kekalkan prestasi saya. semoga saya berjaya kurus. ehem


semoga tak semoga. kejap lagi dah nak balik bangi. saya masih tak packing apa apa lagi. segalanya yang namanya keperluan masih lagi bergelimpangan. nice belle, NICE -.-



jangan nak rindu sangat dekat saya. assalamualaikum.

Wednesday, January 04, 2012

segalanya untuk saya

assalamualaikum.
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya nabila binti abdul khalid merasmikan entri untuk tahun 2012 *clap clap* HAHA


selamat tahun baru. tahun baru selamat. happy new year. new year happy. mood tahun baru tidak berbaki. dah kenapa entah ayat aku macam ni. tolong lah faham. -.- tadi kan tengok kan adik siap siap pergi sekolah kan  pakai baju baru, kain baru, tudung baru, beg baru, kasut baru, dan semua lah baru. arghhh, im so jellllyyyy! saya nak semua baru jugakkkkkkk! alahai. sape jumpa status ni kat pesbuk saya? okay, tolong diam -.-


kenapa tajuk macam tu? sebab ?  sebelum tu *drumroll* ahaaa, nak jugak tu :)


saya dah dapat lesen kereta. hikhokhikhok. tapi rasa macam eh eh kuno nya saya ni. orang lain habis spm dah dapat lesen kereta. saya ni umur nak masuk 19 baru dapat lesen. kannnn? tersangat kuno. elehhh bia laa. sila lah ketawa kuat kuat


result final untuk sem1 dah keluar dah. ehem ehem result saya melebihi  pagar 3.50. walaupun tak banyak macam kawan kawan yang lain tapi alhamdulillah, syukur sangat sangat. moga untuk sem sem depan saya boleh dapat lagi baik dari  ni. moga saya lebih rajin. ameen. doakan saya ya. saya berjaya buat mak ayah bangga dengan result saya. saya dapat tunjuk yang saya boleh buat sebab sebenarnya account adalah subject susah bagi saya. bila masuk college amek course accountancy saya rasa macam dah salah langkah je. rasa macam saya ni cari masalah je ambil course accountancy. tapi ramai yang bagi sokongan maka saya teruskan langkah saya.


memang saya ada basic account. tapi basic tu pun memang kelaut. masa sekolah dulu saya rasa aduhai bebal nya saya ni bila belajar account. asal test asal periksa tak pernah lah lulus. nak lulus tu masyaAllah sangat lah payah. sebab saya sangat lah malas yang teramat untuk study account. memang sangat padan muka bila test tak lulus -.-


tengok kawan kawan yang lain masa study week, sampai lah ke last paper tidur pun buku kat sebelah. habis laa kepet kemut sana sini buku dorang. saya? saya hanya mengadap buku bila rasa nak mengadap. masa yang terluang lebih banyak di habiskan dekat atas katil dan menghasilkan tahi mata. tak percaya? tanya roomates saya. bila saya tidur, dia study sorang sorang. bila dia tengok saya tidur, pastu dia pun tidur. HAHA


lepas tu bila saya tak dapat catch up apa yang lecturer ajar masa kat dalam class dah reti pulak nak nangis lah meraung lah apa lah. kalau tidur pernah nak ingat buku? hmm memang tak pernah-.- sebab tu saya selalu kene marah. hmm memang patut pun


saya rasa usaha saya ala kadar je. saya hanya target 3.00 paling teruk. entah kenapa target macam tu saya pun tak tahu. usaha saya yang memang ala kadar  dan suam suam kuku tapi dengan doa dan tawakal, Allah bantu saya, permudahkan saya masa jawab exam dan bagi saya result macam ni. syukur sangat.


dan dan dan saya berjaya buat kek. fuyyoh sikit. kahkahkah. saya berjaya bagi orang lain merasa kek dari air tangan saya sendiri. air tangan? haha. dari start cuti sem cakap nak buat. hangat hangat tahi ayam. tapi dah habis cuti sem baru berjaya buat.


ps: mabs, saya dah berjaya buat kek. ehem ehem dah boleh kawen ah canih. Ahahahaha

pss: buat kawan kawan yang pointer sangat menghampiri pagar 4 flat tahniah. kawan kawan yang lain korang pun dapat DL jugak kan? tahniah jugak. tanpa aku takde lah DL korang tu. HAHA ayat dah macam markonah mabuk.


pss: segala yang saya luahkan dalam entri ni tiada niat untuk menunjuk. ape lagi berbangga diri. saya hanya berkongsi. jangan salah sangka. saya tak mampu nak tutup semua mulut orang.


thanks fr reading people :)