Wednesday, January 04, 2012

segalanya untuk saya

assalamualaikum.
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya nabila binti abdul khalid merasmikan entri untuk tahun 2012 *clap clap* HAHA


selamat tahun baru. tahun baru selamat. happy new year. new year happy. mood tahun baru tidak berbaki. dah kenapa entah ayat aku macam ni. tolong lah faham. -.- tadi kan tengok kan adik siap siap pergi sekolah kan  pakai baju baru, kain baru, tudung baru, beg baru, kasut baru, dan semua lah baru. arghhh, im so jellllyyyy! saya nak semua baru jugakkkkkkk! alahai. sape jumpa status ni kat pesbuk saya? okay, tolong diam -.-


kenapa tajuk macam tu? sebab ?  sebelum tu *drumroll* ahaaa, nak jugak tu :)


saya dah dapat lesen kereta. hikhokhikhok. tapi rasa macam eh eh kuno nya saya ni. orang lain habis spm dah dapat lesen kereta. saya ni umur nak masuk 19 baru dapat lesen. kannnn? tersangat kuno. elehhh bia laa. sila lah ketawa kuat kuat


result final untuk sem1 dah keluar dah. ehem ehem result saya melebihi  pagar 3.50. walaupun tak banyak macam kawan kawan yang lain tapi alhamdulillah, syukur sangat sangat. moga untuk sem sem depan saya boleh dapat lagi baik dari  ni. moga saya lebih rajin. ameen. doakan saya ya. saya berjaya buat mak ayah bangga dengan result saya. saya dapat tunjuk yang saya boleh buat sebab sebenarnya account adalah subject susah bagi saya. bila masuk college amek course accountancy saya rasa macam dah salah langkah je. rasa macam saya ni cari masalah je ambil course accountancy. tapi ramai yang bagi sokongan maka saya teruskan langkah saya.


memang saya ada basic account. tapi basic tu pun memang kelaut. masa sekolah dulu saya rasa aduhai bebal nya saya ni bila belajar account. asal test asal periksa tak pernah lah lulus. nak lulus tu masyaAllah sangat lah payah. sebab saya sangat lah malas yang teramat untuk study account. memang sangat padan muka bila test tak lulus -.-


tengok kawan kawan yang lain masa study week, sampai lah ke last paper tidur pun buku kat sebelah. habis laa kepet kemut sana sini buku dorang. saya? saya hanya mengadap buku bila rasa nak mengadap. masa yang terluang lebih banyak di habiskan dekat atas katil dan menghasilkan tahi mata. tak percaya? tanya roomates saya. bila saya tidur, dia study sorang sorang. bila dia tengok saya tidur, pastu dia pun tidur. HAHA


lepas tu bila saya tak dapat catch up apa yang lecturer ajar masa kat dalam class dah reti pulak nak nangis lah meraung lah apa lah. kalau tidur pernah nak ingat buku? hmm memang tak pernah-.- sebab tu saya selalu kene marah. hmm memang patut pun


saya rasa usaha saya ala kadar je. saya hanya target 3.00 paling teruk. entah kenapa target macam tu saya pun tak tahu. usaha saya yang memang ala kadar  dan suam suam kuku tapi dengan doa dan tawakal, Allah bantu saya, permudahkan saya masa jawab exam dan bagi saya result macam ni. syukur sangat.


dan dan dan saya berjaya buat kek. fuyyoh sikit. kahkahkah. saya berjaya bagi orang lain merasa kek dari air tangan saya sendiri. air tangan? haha. dari start cuti sem cakap nak buat. hangat hangat tahi ayam. tapi dah habis cuti sem baru berjaya buat.


ps: mabs, saya dah berjaya buat kek. ehem ehem dah boleh kawen ah canih. Ahahahaha

pss: buat kawan kawan yang pointer sangat menghampiri pagar 4 flat tahniah. kawan kawan yang lain korang pun dapat DL jugak kan? tahniah jugak. tanpa aku takde lah DL korang tu. HAHA ayat dah macam markonah mabuk.


pss: segala yang saya luahkan dalam entri ni tiada niat untuk menunjuk. ape lagi berbangga diri. saya hanya berkongsi. jangan salah sangka. saya tak mampu nak tutup semua mulut orang.


thanks fr reading people :)

No comments:

Post a Comment