Saturday, January 07, 2012

mungkin takdir saya

semalam, selesai hari pendaftaran untuk semester kedua dekat kolej. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. apa yang saya harap dari rumah, bila saya jumpa classmate sem lepas, saya nak peluk peluk mereka semua. ya, saya rinduuu. tapi malang. apa yang saya harap masa kat rumah, apa yang saya nak buat bila sampai kolej semuanya tak menjadi. musnah. harapkan pagar, pagar pakai coli.


tak dapat peluk. tak mengapa. tapi saya dapat salam dengan mereka. masa tu saya rasa pilu sangat. kenapa mereka macam dah lain? kenapa? cakap pun macam nak tak nak. apa lagi pandang. macam terpaksa je. sangat hina nabila binti abdul khalid. saya tak tahu apa salah saya. segalanya secara mendadak, terlalu drastik.


masa pendaftaran, saya tak fikir kenapa mereka berubah. sebab saya rasa saya orang yang paling busy. *macam saya sorang je* puii. pergi ke sana ke mari. tergesa gesa. macam main explorace. kene pergi satu satu kaunter. total semua sepuluh. beratur macam nak beli tiket wayang dekat mid valley je rasanya. panjang, ya ampunnn. jangan cakap. HAHA. dengan kene kompaun 30hengget. boleh buat belanja untuk 3/4 hari punya. ujian, ujian. tapi saya datang awal, so saya siap awal :)


dah selesai pendaftaran, saya pergi hostel. saya dapat bilik 1st floor. okay tu rezeki saya. saya tak payah nak duduk floor atas langit macam sem lepas. tiap hari lah saya turun tangga. naik tangga. tapi tak kurus kurus jugak. punah harapan saya nak kurus -.- kalau sem ni dah duduk 1st floor masih ada harapan untuk saya kurus? tolong doakan.


bila saya dah dapat kunci bilik, terus bawak masuk semua barang barulah saya  tatap setiap inci ceruk bilik. ya Tuhannnn. banyak nya rambut. portion macam satu kepala gugur. sila bayangkan. makanya saya mencari kelibat penyapu kalau kalau ada. selamat, masih ada. tapi keadaan nya hidup segan mati memang tak mahu. tolong lah faham. terbongkok bongkok lah saya menyapu rambut gugur yang melimpahi ruang bilik tu. masuk toilet, lampu rosak. bau lipas menusuk kalbu. boleh buat saya mati. bilik saya hujung dunia. dengan betul betul  mengahadap hostel lelaki. kenapa lah kptm bagi saya bilik macam ni? ehem, saya redha


dah petang tergerak hati nak mandi, tapi teringatkan keadaan toilet macam tu terus pergi ziarah bilik clssmate yang lain. niat sebenar nak tumpang mandi. bukan nak ziarah sangat pun. haha. dah mandi apa semua terus bagi tahu yang malam ni nak tumpang tidur kat bilik dia. dia pun okay, alhamdulillah ada jugak orang yang terima kehadiran saya dalam keadaan sebegini. terima kasih. maaflah saya terpaksa merempat. kesian saya.


pagi tadi saya balik bilik nak ambil baju nak mandi. bila saya masuk bilik saya tengok satu katil dah kosong. mana pergi comfoter, bantal dia? meja dah kosong. mana pergi bakul bawah meja? bila saya buka almari, dah kosong. mana dia pergi? dia dah tukar bilik. sampai hati. dia pindah bilik dia tak bagi tahu saya pun. kenapa dia tak bagi tahu saya? kenapa dia buat saya macam ni? apa salah saya? sem lepas, dia cakap dekat saya yang dia nak sama bilik dengan saya lagi. tapi apa yang dia cakap tak sama pun macam apa yang dia buat. saya pelik. pelik sangat.


mungkin Allah dah tentukan semuanya  untuk saya. saya betul betul rasa sedih. orang yang selalu dengan saya sem lepas buat saya macam ni. tapi saya tak mampu nak menangis atau buat apa apa. maka saya hanya berdiam diri.  apa orang nak kata pasal saya, tu hak mereka. saya tak mampu nak tutup mulut semua orang. semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah dan memberkati hidup mereka. Allah nak uji kekuatan saya. saya berusaha untuk terus tabah dengan hari hari yang akan datang. saya terus berdoa.


ya, memang saya tak mampu nak jaga hati semua orang. semoga Allah sentiasa memberi kekuatan buat saya. semoga saya tak melatah dengan apa yang sedang berlaku ke atas saya kelak. disebabkan perkara macam ni saya tak boleh belajar. saya tak boleh nak buat apa apa. saya murung. saya rasa nak terjun hostel. saya nak minum clorox. saya nak kelar tangan saya. sebab nila setitik rosak susu sebelangan. no no no, saya tak nak macam tu. sejujurnya saya dah penat jaga hati dan perasaan orang lain. perasaan saya siapa yang jaga? hmm tak tahu.


sebelum apa apa yang lebih buruk berlaku, saya pinta kemaafan kepada semua yang mengenali saya dengan ape jua cara sekali pun. segala kekasaran saya. kelakuan yang tidak di senangi. segala bahasa dan kata yang tidak di sedap di dengari. pokonya semua, hanya maaf yang saya pinta. harapnya tiada kebencian buat saya walau sebesar zarah sekalipun.


Allah dah takdirkan apa yang terbaik untuk saya. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi kat saya sekarang. while im update this entri, air mata saya berlinang. *lap air mata* saya speechless. sabar nabila. saya kuat, saya tabah. All is well.

assalamualaikum :)

2 comments: