Friday, January 20, 2012

pulang memulangkan kepulangan dipulangkan

#maaf title saya serabut tanpa pendirian.

Assalamualaikum semua. Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa. Kirim kirim lah berita. ehh dah kenapa tetiba keluar lirik lagu ni? Ok lantak.

Ada sesiapa yang rindu nak baca entri saya? Ada tak? Siapa? Siapa? Sila angkat tangan. HAHA. Hmm jangan nak perasan sangat belle oi. Ingat kau ramai sangat follower? puihh

Setibanya saya di rumah pada jam lapan malam, kepulangan saya tidak di sambut dengan apa apa parti. Ehem sedih. Sampai rumah, tak mandi tak makan terus online. Huhh, bagus.

Sampai satu ketika, kedengaran emak bersuara di ruang tamu.

Mak: nabila, pergi beli nasi goreng jap. Boleh?
Me: nasi gerong apa? Kat mana? Naik apa?
Mak: nasi goreng apa2 lah yang best tiga bungkus. Beli lah kat kedai yang kau selalu pergi tu. Naik lah motor. Kereta tak ada.
Me: okay, nasi goreng apa2. hahaha. hmm duit mana? Kunci motor mana?
Mak: kunci kat atas meja pc tu, pastu kang kau pergi isi minyak motor tu dulu. Minyak dah nak kering.
Me: haa, okay okay.

Dalam perjalanan nak pergi isi minyak, keluar je simpang tetiba jalan sesak. Aduh dah kenapa malam malam macam ni pun sesak?  Maka saya meneruskan juga perjalanan sambil mencelah celah dalam kesesakan tu gara gara nak cepat sampai ke petronas.
Sedang seronok mencelah celah dengan kelajuan dah macam manusia tak tahan nak berak cari toilet, sekali ade roadblock. Polis tahan saya suruh ke tepi. menggeletar tangan saya masa tu. Saat getir ape lah pulak ni.
(berhenti kat tepi)

Polis: dik, tengok lesen dengan IC.
Me: *dengan tangan menggeletar tak boleh cover, keluarkan IC dan lesen dari wallet*
Polis: roadtax mana dik?
Me: apa? Roadtax? Jap ehh. *Buat buat cari kat sit motor. Padahal dah tahu roadtax kat abang*.
Polis: ada tak?
Me: hmm, tak ada lah
Polis: *muka paling ketat* macam mana roadtax boleh tak ada pulak ni? Ni motor siapa?
Me: hmm ni motor abang. *muka pucat*
Polis: motor abang? Nama abang siapa?
Me: aah motor abang. Nama abang ameer haqeem bin Abdul khalid.
Polis: *sambil cakap kat walkie talkie nak trace dalam sistem dekat balai polis nak tahu roadtax expired bila , pakai motor apa, alamat rumah apa n bla bla* betul ke tu abang awak? Alamat rumah betul?
Me: haa betul lah tu. *angguk angguk*
Polis: tapi salah jugak ni dik. Lesen adik L. kat motor tu tampal P *muka ketat sambil melangkah pergi kat table nak keluarkan saman*
(aduh seboleh bolehnya polis tu cari keslahan saya. takan polis tu nak saman saya kot)
Me:. Memang lah saya punya lesen L. P yang tampal tu bukan motor saya. Kan saya dah cakap tu motor abang. Tolong lah abang, saya nak pergi isi minyak je ni. *muka sedih*
Polis: *muka tak bersalah sengih sengih* hmm tak ada pape lah dik. Okay adik boleh jalan.

Damnnn!polis tu game saya. Saya ni macam kene halilintar bila polis tu tahan saya minta IC roadtax dan lesen. dah menggelatar satu badan keluarkan IC dan lesen dari wallet  macam nak tercabut nyawa. polis tu boleh game saya. tahi kambing punya polis -.-

bila saya sampai rumah, saya terus cerita dekat mak, kakak dan adik saya. Apa yang saya dapat adalah ketawa mereka yang berdekah dekah seakan akan dirasuk hantu kak limah. Entah mana datang kak limah, saya pun tak tahu. 

No comments:

Post a Comment